Sunday, September 3, 2017

Sebelum terlambat


Bila dikenang,pasti hati berasa rindu.
Sesekali,kekesalan akan bertandang.
Rindu ini tidak pernah terpadam.
Kerana di situlah,permulaan kisah kita.
Tak pernah sekali,hati ini melupakan.
Setiap saat dan kenangan yang kita bina bersama,
Akan sentiasa mekar mewangi di jiwa ini.
Namun,tak ada satu pun yang kekal abadi di dunia ini.
Walau beribu sesalan,engkau tak akan mungkin kembali.
Dan,di saat ini,aku membina kenangan baru.
Walau tak mungkin seperti dulu.
Aku harus belajar menghargai apa yang masih bersamaku.
Mencipta memori memori indah buat hari tuaku.
Hargailah wahai hati,apa sahaja yang kau masih miliki,
Apa gunanya merindu dendam pada yang telah pergi,
Sedangkan yang masih di sisi,tak pernah lagi menjauh pergi.
Terima kasih sayang sayangku,kerana tak pernah jemu menerima seadanya aku.

Tuesday, July 26, 2016

10 minggu

Semenjak mengandung anak ke 2 ni aku memang tak larat sangat nak uruskan hal rumah.Adalah jugak buat kerja rumah tu,tapi tak adalah beriya-iya macam dulu.

Rasa macam tak ada energy pastu rasa macam eh besok lah kemas,pastu tersadai atas tilam tido untuk kali ke 18 pada hari yang sama..  T______________T

Aku rasa tabah jugak lah Mr Z layan aku..sambil jelingggggggggg hujung mata tengok bini dia tersadaiii macam badak air.

Aku kalau mual ni datang dia memang tak kira masa.Kadang-kadang dalam kereta masa nak pegi kerja,perghhhh....dengan traffic jam pastu kau nak terbelahak tapi tak boleh benti.Seksa Wehhh
T__________________T **nanges lagi****


Bab masak yeh,ni lagi kronik.Aku dah lama gilaaaaaaaaa tak masakkkkkk....punca dia sebab aku tak tahan bau tumis tu semua.....tu semua punca-punca mual.maka adaalah lebih afdhal kalau pegi tapau aje bawah rumah.


Aku kesian kat Mr Z sebab yela kena layan kerenah aku yang macam-macam ni.Walaupunnnn dia mengeluh lah jugak kan tapi  nasib baik lah ada dia tolong uruskan rumah ngan Qaiqai.

Thanks tau Pa,i lebiu very strong.....ngeee ngeeee.....

Sekian laporan,

Mak Qai + 1

Wednesday, July 13, 2016

Insyaallah

Dah terlalu lama rupanya aku tinggalkan ruangan ini.Terasa rindu bila tengok satu per satu gambar dan kenangan lalu.Apa yang berbeza ya?

Banyak yang berubah,

Qaiser kini dah pun berumur 5 tahun. Semakin petah bercakap.Kadang-kadang rasa nak aje jentik mulut dia. tapi itulah pun penghibur hati aku.

Rumah tu aku dah jual.Masa jual tu tak terasa apa-apa,tapi bila dah lama sikit baru terasa sakit dia.
SAKIT sebab rumah tu penuh dan sarat barat dengan memori.

Sesekali menitis juga air mata ni.Tak apalah,moga redha hati ini hendaknya.

Aku percaya,akan ada ganti yang lebih baik.

Oh ya,Qaiser bakal menjadi Abang.

Insyaallah dengan izinNya,keluarga kecil aku ni bakal berkembang dan bertambah lagi.

Aku sayangkan keluarga ini.Aku impikan hidup yang penuh dengan ketenangan dan kedamaian di samping orang orang yang aku sayang sampai ke syurga.


Doakan aku ya?



Thursday, September 25, 2014

Rutin.

Bangkit.
6.38am sudah.Kejutkan dia untuk Subuh.
Kelam-kabut dia ke tandas.

Aku pula terkocoh-kocoh menuju ke dapur.
Kupas bawang,hiris cili lalu celur mee kering.

Capai pula baju-baju semalam dan campak dalam mesin.
Bersatulah bunyi basuhan baju dengan rencah atas dapur.

Lihat dia sedang duduk di atas sejadah.
Membaca sesuatu.
Surah Al-Waqiah mungkin.
Bila keluar dari tandas eh?

Maaf memang tak perasan.       
Dia angkat takbir pun aku tak sedar.
Kacau-kacau mee.Masukkan perasa dan hidang bersama 1 mug teh O hangat. 

Dia siap berpakaian dan senyum pada aku.
Sarapan aku hidang cukup untuk seorang.
Usai makan dia buka pintu.

Tanda bersedia untuk keluar berkerja.
Plastik sampah dinjinjit berhati-hati dari ruang dapur terus ke depan.

Aku berdiri di pintu.
Sampah dia letak di tepi.
Salamnya aku sambut.

Sambil mulut sibuk menitip pesan yang pelbagai.
Tubuhku dirangkul.Ucapnya terima kasih untuk sarapan hari ini.
Pelukan terlerai.

Pintu pagar aku kunci.
Sambil menghantar pandang.
Dan dia pun berlalu.Bersama plastik sampah tadi.

Mesin dah bunyi.
Kain dah bersedia untuk dijemur.
Si kecil merengek mahukan susu.

Dan begitulah.
Rutin si surirumah seperti aku.

Sepanjang hayat moga diizinNya Insyaallah.




Tuhanku.

Terima Kasih.

Walau ringkas.

Walau bosan.

Di mata orang.

Tapi.

Inilah kerja paling 'awesome'.



Dan Aku.



BERSYUKUR.










Wednesday, September 24, 2014

12 bulan kali 6

Selalu senyum sorang-sorang bila teringat waktu kami bertemu.


6tahun.


Banyak suka dan duka.
Menangis sudah.
Bungkus baju nak blah pun sudah.
Aku cakap aku benci.

Masih juga kita di sini.
Mencoret 1001 memori.
Kau dan aku makin sebati.

Tapi perjalanan masih jauh.
Biarlah terus jauh.
Walau tetap akan bertemu penghujungnya.
Aku..
belum ingin lagi menjadi bukan yang kau punya.



Sekali

Pagi.

Bau yang sedap,sejuk dan tenang.Sunyi terasa.Ambil batang penyapu dan bersihkan seluruh rumah.Yang berlalu biarkan terus berlalu.Moga hari ini tenang-tenang sahaja.

Thursday, February 13, 2014

Rodok sekali nak?

Sambil layan lagu iklim selamat tinggal penderitaan,memang kena sangat dengan apa yang aku rasakan sekarang ni.Bila kau sedaya upaya cuba menjaga hati orang sekeliling tapi apa yang dapat akhirnya?orang sewenang-wenang bercakap tanpa sikit pun fikir apa yang kau rasa.nak-nak pula kau bukan jenis yang sampai hati nak buat orang semata-mata nak tegakkan kebenaran atau apa sahajalah.
Kadang aku harap sangat.Sangat-sangat mengharap diberi kekuatan untuk bercakap lantang,lepastu boleh maki orang tu left and right langsung tak payah susah hati apapun yang akan jadi nanti.
Rasa sakit jiwa.sakit sebab tak terluah apa yang kau rasa.selalu aku fikir,orang yang suka cakap sewenang-wenang ni sebenarnya memang dijadikan tanpa rasa belas ke apa?ke jenis hati yang penuh noda hitam sampai tak boleh nak consider langsung sebelum bercakap?sampai tak boleh fikir perasaan orang lain?ke aku yang bengong sebenarnya sebab biar je orang buat aku?

Tuhan,boleh tak pinjamkan sikit kekuatan kat aku untuk lawan orang-orang macam ni?sakit sangat menanggung bebanan perasaan macam ni.

Haihh.