Monday, December 17, 2018

Tolonglah faham

Jadi suri rumah ni memang tak deserve me time ke?apa ingat aku robot ke tak tahu penat?
Aku ni nak keluar rumah pun jarang sekali let alone nak mengopi ke hape.Most of the time memang aku kat rumah ok,takde nye pergi merayap tinggal anak akt rumah bagai.Sebab apa?Sebab anak aku direct breastfeed.

Aku tak suka orang ambil kesempatan atas kebaikan aku.Memang mula mula aku senyap.Tapi lama lama rasa macam dah stress pastu otak mula lah fikir yang bukan bukan.Aku tak ada kawan.Selama aku beranak no  ni,tak pernah langsung aku pergi mana mana tanpa anak anak aku.

Sumpah sedih!Aku bukan mintak duit shopping.Tak pernah susahkan dia mintak yang bukan bukan.Aku cuma nak masa!Masa untuk berehat.Masa untuk berborak dengan adik adik aku bila berpeluang.Nak recharge energy.

Aku bukan hamba keluarga.Aku manusia ada hati perasaan.Nak dimengerti,ada keperluan macam orang lain.Kadang kadang aku dah request tolong tengokkan anak anak sementara aku cakap dgn adik aku kejab.Tapi cam cibai gak.

Anak aku ni clingy.Manja sangat.Tapi jangan lah jadikan itu alasan untuk tak beri hak aku.Untuk kau payah nak jaga dia.Otak aku ni kadang kadang jadi biol sebab restless!!
Jangan sampai aku terlalu stress then aku buat benda bodoh yang kau tak sangka.Sebab hakikatnya aku dah cakap yang AKU PENAT!!!

Wednesday, August 8, 2018

Lelah

Aku tak rasa aku kuat hadapi dugaan ini.
Aku rasa nak lari sejauh yang boleh.
Menjerit dan meluahkan sesalan yang ada dalam hati.
Membayangkan hidupnya satu hari nanti bagaimana tanpa aku?

Tak pernah sangka jalan ini akan aku lalui .
Sungguh aku tersangat lelah mencari semangat yang hilang.
Pastinya sukar juga buatnya untuk meluah kemahuan sendiri.
Mengharap aku memahami dan mengerti isi hatinya.

Allah,

Pecah hatiku.
Hancur luluh perasaan ini.
Kesianya dia Ya Allah.

Aku lemah selemah lemah hamba Ya Allah.

Maafkan aku.

Wednesday, February 28, 2018

20tahun

Jika masih berpeluang meneruskan hidup di bumiMu Ya Allah,
Aku mohon..beri aku peluang untuk lebih menghargai anak anakku,suamiku,orang tuaku..
Mereka mereka yang aku cinta Ya Allah..

Andai hayatku masih berbaki 20 tahun lagi,
Aku ingin membina kenangan untuk ingatan mereka sepanjang hayat..
Jadikanlah tempoh 20tahun ini saat yang terpaling indah dan penuh bahagia Ya Allah..
Segala impian dan cita cita yang dibina pasti akan tercapai sebelum 20tahun ini berlalu..
Segala kehilangan yang terjadi selama ini pasti akan berganti dalam 20tahun ini..

Izinkan 20tahun ini menjadi tempoh yang menyenangkan..membahagiakan..mendamaikan..
menceriakan hidupku dan orang orang yang aku cinta Ya Allah..
Tak ada yang mustahil untukMu..Hanya padaMu aku menggantung seluruh pengharapan...

Makbulkanlah doaku Ya Rahman Ya Rahim...


Monday, January 29, 2018

Realiti

29January2018
1.35am

At this time,anak anak aku dah lena tidur.Masa aku tengah golek golek cari mood tidur,
banyak pula perkara singgah dalam otak ni.Memikir mikir apalah yang dah aku capai
selama ni.Sempat ke tidak nak kejar impian dan cita cita aku?Selama ni aku dah jadi Isteri,mak,
anak yang baik ke belum juga?Hmm..

Aku ni suka letak expectation tinggi tinggi.lepastu stress sendiri.To be honest,banyak benda dan manusia yang aku dah kehilangan selamani.Rumah,job,opportunity,friends you name it.
Until aku rasa nak give up pun ada.Rasa diri tak ada nilai etc..etc.

Tapi jadahnya aku nak putus asa kan?aku ada laki,ada anak anak,ada mak ayah,mentua yang sayangkan aku.Kalau aku tak mampu nak berdiri untuk diri sendiri atleast aku kena juga berusaha
untuk orang yang sayangkan aku.Dorang sentiasa ada untuk aku despite apapun keadaan aku.
Memaafkan aku,menerima aku seadanya.

Siapa yang dah pergi biarkan pergi.Apa yang aku telah hilang aku percaya aku akan mampu dapatkan
balik.Allah tak jadikan aku untuk hidup dan jadi sia sia di dunia ni.Dia beri aku rasa semua ini
Kerana Dia nak aku tabah dan kuat and of course nak masuk Syurga tu mahal
harga dia.Dan jangan lupa,Allah beri "pertempuran luar biasa"untuk soldier yang gagah sahaja.

Note untuk diri sendiri:

Pandang ke depan berdiri dengan megah wahai Noor Syaihiera Wan Zurina.Teruskan langkah engkau dalam mengejar impian dan cita cita.Jangan mengalah selagi nafas masih ada.Engkaulah ratu dan raja dalam perjalanan ini,engkaulah idola dan dicintai oleh suami dan anak anakmu.Jangan takut untuk mara walau apa pun halangannya.Allah ada,mereka yang kau cinta juga ada di sisimu.Impian ini tiada dosa atau salahnya.Teruskan dan jangan peduli lagi pada anjing yang terus menyalak.Pasti segalanya akan menjadi realiti untuk setiap impian yang kau ingin kecapi baik di dunia mahupun akhirat.

Kun Fayakun.