Monday, January 29, 2018

Realiti

29January2018
1.35am

At this time,anak anak aku dah lena tidur.Masa aku tengah golek golek cari mood tidur,
banyak pula perkara singgah dalam otak ni.Memikir mikir apalah yang dah aku capai
selama ni.Sempat ke tidak nak kejar impian dan cita cita aku?Selama ni aku dah jadi Isteri,mak,
anak yang baik ke belum juga?Hmm..

Aku ni suka letak expectation tinggi tinggi.lepastu stress sendiri.To be honest,banyak benda dan manusia yang aku dah kehilangan selamani.Rumah,job,opportunity,friends you name it.
Until aku rasa nak give up pun ada.Rasa diri tak ada nilai etc..etc.

Tapi jadahnya aku nak putus asa kan?aku ada laki,ada anak anak,ada mak ayah,mentua yang sayangkan aku.Kalau aku tak mampu nak berdiri untuk diri sendiri atleast aku kena juga berusaha
untuk orang yang sayangkan aku.Dorang sentiasa ada untuk aku despite apapun keadaan aku.
Memaafkan aku,menerima aku seadanya.

Siapa yang dah pergi biarkan pergi.Apa yang aku telah hilang aku percaya aku akan mampu dapatkan
balik.Allah tak jadikan aku untuk hidup dan jadi sia sia di dunia ni.Dia beri aku rasa semua ini
Kerana Dia nak aku tabah dan kuat and of course nak masuk Syurga tu mahal
harga dia.Dan jangan lupa,Allah beri "pertempuran luar biasa"untuk soldier yang gagah sahaja.

Note untuk diri sendiri:

Pandang ke depan berdiri dengan megah wahai Noor Syaihiera Wan Zurina.Teruskan langkah engkau dalam mengejar impian dan cita cita.Jangan mengalah selagi nafas masih ada.Engkaulah ratu dan raja dalam perjalanan ini,engkaulah idola dan dicintai oleh suami dan anak anakmu.Jangan takut untuk mara walau apa pun halangannya.Allah ada,mereka yang kau cinta juga ada di sisimu.Impian ini tiada dosa atau salahnya.Teruskan dan jangan peduli lagi pada anjing yang terus menyalak.Pasti segalanya akan menjadi realiti untuk setiap impian yang kau ingin kecapi baik di dunia mahupun akhirat.

Kun Fayakun.