Monday, October 10, 2011

Selamat Malam Sayang...

Semalam pergi kenduri majlis pertunangan acu.
Bapak banyak dulang hantaran dia.Siap mak andam segala.
tak sesempoi masa dia bertunang dengan abg iwan dulu..Hmm..
Qaiser asyik kena gomol dengan tok dan nenek sedara dia.
Sian dia..sampai rimas dibuatnya..
Takpelah kan bukan selalu pun jumpa.
Semalam on the way balik pukul 8.40pm Qaiser tertido dalam pangkuan aku.
Nak kata penat sangat,tak jugak sebab dia tido kejab sebelum maghrib.
Hmm..budak manja ni memang kalah dengan a/cond kereta..
Asal a/cond tala ke muka confirm nak lalok..

Bila sampai rumah Qaiser pun terjaga.
Aku dah la penat tak ingat.Lap badan Qaiser,tukar baju dan pampers terus masukkan dia
dalam walker.Sengih bukan main.Maklumlah dah dapat tenaga balik.
Pukul 10 lebih macam tu Ayin sampai.Dia nak ambil buku mama.Qaiser suka sangat dengan si Azren bf Ayin.Agaknya sebab budak tu botak kot huhu.
Ayin gerak dalam 11.30pm macam tu,aku terus sambung beguling atas tilam.Qaiser semangat nak main lagi.

Aku dah lembik sangat2..Aku pandang muka Qaiser yang tengah sakan berguling.Aku cakap,
'Sayang,mama penat sangat2.Esok mama kena pergi work..kita tido k sayang.."Qaiser tenung je muka aku dengan mulut melopong.Habis je aku cakap terus dia toleh kanan cari bantal dia,siap cium-cium bantal (nak tunjuk dia da ready nak tido)aku capai botol air dan bantal busuk baringkan dia elok2..kasi dia minum tepuk2 sikit terus tetido..

Aku pandang dd..Dd pandang aku..

''Anak kesian kat B..dia nak B rehat la tu..''

Aku?tersentuh hati...lalu cium Qaiser sambil bisikkan''thank u sayang mama luv u..''


Monday, September 12, 2011

Tuhan...Sekali Lagi..

ibu

Aku terlalu rindukan ibu...

Hampir setiap malam aku mimpikanmu..

Kita bertemu..

Namun terpisah di balik kaca nan besar..

Ingin sekali aku menyentuhmu ibu...

Mendakap..dan mencium pipi ibu berkali-kali...

Agar terlerai rindu ini..



Ya Allah,

Berikanlah bidadariku ini peluang sekali lagi...
Izinkanlah kami berhimpun kembali seperti dulu...
Aku terlalu rindukan sentuhannya..

Tolonglah Tuhan yang Maha Berkuasa...
Maafkanlah dia si bidadariku...
Ampunkanlah segala perbuatannya..
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....



Amin..

Angin...

Sampaikan hembusan rindu ini pada ibuku...

Aku akan tetap menantimu ibu selagi nafas belum terhenti..

Tuesday, August 9, 2011

Tahu tak....


Kesabaran aku ada hadnya.

Ku akui,aku adalah insan yang rapuh imannya.

Namun aku tetap cuba untuk bertahan.

Biarpun sakit,pedih ibarat ditusuk belati tajam.

Cuma satu,

Jangan sesekali kau duga diri ini.

Sekali aku melangkah,tak akan mungkin berpaling lagi.

Tuesday, August 2, 2011

Weekend & Qaiser


Hujung minggu macam biasa.


Tersedar dari tidur sebab Qaiser menangis punggung dia penuh tahi.(anak aku penggeli ok)

Bersihkan apa yang patut lepas tu bergelumang dengan dia atas katil.


Kasi gomol-gomol,cium-cium,sedut-sedut bau masam dia yang sedap,pada aku lah.

(semua ibu pun suka bau masam anak masing-masingkan?)


Lepas tu bangun terus siapkan air mandi dan biskut dia sekali..


Layan gambar je la ya,aku nak balik dah ni...




Saya penat tapi mama asyik kacau saya je!



see?bukti Qaiser sayangkan aku...huhu..


Saya hensem macam papa...










saya kepenatan sebab layan mama yang kebosanan.....







Friday, June 10, 2011

Untitled


Apabila kita dilanda badai,barulah ingatan kembali padaNya.
Lumrah manusia,bila dah terhantuk baru nak terngadah.
Terhegeh-hegeh buka almari cari telekung dan sejadah yang berkurun tersimpan
sampai berdebu.
Mengapa begitu?

Aku adalah lemah
Aku tiada berdaya
Roh dan jasad bagaikan terpisah
Jiwa dan minda tidak lagi sehaluan
Namun aku tetap berdiri
Demi anakku yang tersayang
Renungan mata Qaiser yang sayu menyentuh naluriku
Mata itu terlalu sedih seolah-olah dapat merasakan
gelora di jiwa mamanya
Aku cekalkan hati ini demi insan-insan yang aku cintai
Aku mesti optimis
Aku harus berfikiran positif
ALLAH tidak akan sekali-kali menganiayai hambaNya
Aku percaya
Allah berikan hujan kerana mahu menghadiahkan pelangi.

Thursday, March 3, 2011

39 weeks...and Im still here...

Esok last day bekerja,sebab Isnin dah mula bercuti...

Baby sayang bila nak keluar ni....

Tok Papa pun dah tanya bila cucu sulung dia nak keluar ni..

Tapi tak apalah,Mama pun tak paksa..

Bila baby dah ready nak tengok dunia,Mama minta baby bagi Mama sign yang

betul-betul clear tau,

Mama selalu risau what if mama tak dapat detect sign tu semua...

Tapi ramai orang juga orang kata,percaya kata hati...

Anak kita,badan kita..kita lebih tahu kan...


Mudah-mudahan Allah swt permudahkan proses kelahiran baby ke dunia ini....

Amin...

Thursday, February 24, 2011

Anakku yang tersayang...

Baby sayang....

Bila nak keluar ni..

Mama dengan Papa dah tak sabar-sabar nak jumpa baby...

Mama teringin nak gigit kaki baby yang selalu tendang-tendang rusuk mama sampai mama
terjerit sorang-sorang..

Bila Mama adu dekat Papa mesti Papa ketawakan Mama..

Papa pula geram sangat bila punggung baby terbonjol tiba-tiba..

Selalunya mesti Papa tepuk-tepuk,gosok-gosok punggung baby sampai baby menyorok

balik..

Hai la anak...

tak sabar rasanya Mama dan Papa nak bertentang mata dengan buah hati yang satu ni..

Jadilah anak yang soleh dan taat pada perintah Allah..

Semoga anak kesayangan Mama dan Papa ni bakal menjadi orang yang berguna di dunia dan

akhirat serta baik budi pekerti..


Amin...

Monday, January 31, 2011

Tak ada mood

Badan lesu...

Perut asyik mengeras...

Sakit belakang...

Sakit pinggang...

Otak asyik terbayang Fatty Crab kat Taman Megah tu....

Orang nak balik la Dd...................


wuaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

Monday, January 24, 2011

6minggu lagi....

Ya Allah..cepatnya masa berlalu,sekarang kandunganku sudah berusia 34 minggu.terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran,contohnya : Bolehkah aku menjadi seorang ibu yang baik untuk anakku yang tersayang?bolehkah aku membentuk peribadi yang mulia dalam diri anakku nanti?Dapatkah aku menjadi contoh yang baik?Bagaimana caranya untuk mengelakkan diri dari menyebut 'NO'atau 'DONT'padanya nanti sebaliknya memberi penjelasan yang mudah difahami kerana menurut kajian kanak-kanak yang sentiasa dihalang dari melakukan sesuatu akan menyebabkan proses pembelajarannya terbantut serta menjadi pasif atau rendah diri.Betapa beratnya tanggungjawab yang bakal kugalas nanti,membentuk seorang insan untuk menjadi manusia yang berguna,berbudi perkerti,menjaga tingkah laku,menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup,tidak lupa tanggungjawabnya pada Allah swt dan menjadi hambaNya yang soleh serta taat pada kedua orang tuanya,menjaga kebajikannya,memberikan ilmu yang bermanfaat untuk di dunia dan akhirat.Semoga Allah swt memberikan aku kekuatan dan kejayaan untuk mendidik permata yang kukasihi...
Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku peluang menikmati tendangan,gerakan halus dan keindahan perasaan ini bermula dari awal kehamilan dan hingga ke saat melahirkannya nanti,malah aku bakal melihat tumbesarannya jika nyawa masih dikandung badan.Terlalu ramai wanita yang menadah tangan bermohon padaMu agar diberikan kesempatan untuk menikmati saat-saat seperti ini,dan aku adalah wanita yang Engkau pilih untuk melahirkan satu lagi umat Nabi Muhammad saw di akhir zaman.Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana diberikan kesempatan sedemikian.Tabahkanlah hati ini untuk mengharungi detik kelahirannya nanti Ya Allah.Berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi segala kesakitan dan permudahkanlah segalanya,aku merayu memohon belas ehsanMu Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Ya Allah,aku takut aku gagal mendidik anak ini nanti untuk menjadi hambaMu yang soleh.Egkau berikanlah aku kekuatan untuk membimbingnya nanti,kepadaMu aku bermohon dan meminta simpati...Sesungguhnya tiada Tuhan yang layak disembah melainkanMu Ya Allah,dan sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu adalah kekasihMu yang abadi dan Rasul junjungan kami Yang Mulia......Kabulkanlah doaku Ya Allah,Kabulkanlah permintaanku Ya Allah,Kabulkanlah permohonanku....Amin....