Thursday, February 21, 2019

Tiada upaya

Bismillah...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

Andai inilah takdirku Ya allah...
Kau kurniakanlah jua rasa redha dalan jiwaku untuk menempuh cubaan ini.

Sesungguhnya aku tiada daya upaya Ya Allah melainkan dengan izinMu..
Tetapkanlah keimananku pada JalanMu..
Aku tidak kuat jika ini yang harus aku harungi..

Dan aku takut aku tersasar dalam amarahku..dalam kekesalanku..dalam kejahilanku menafsir cubaanMu ke atasku..

Ya Allah,
Bimbing aku Ya Allah..
Ilhamkan aku Ya Allah..
Tabahkan hatiku Ya Allah...
Hadirlah selalu bersamaku Ya Allah..

Ampunkan aku wahai Yang Maha Sempurna..

Sunday, February 17, 2019

Syukur padaMu Ya Allah

Malam yang sunyi..
Suami dengan anak anak pun dah jauh ke alam mimpi..Tak sedar masa berlalu,dah nak 30 tahun aku hidup rupanya.

Benarlah demi masa,sesungguhnya manusia berada dalam kerugian..
Melainkan mereka yang beriman serta beramal soleh.

Berlaku sesuatu dalam hidup aku,dan dalam tempoh itu bukanlah hanya satu,tapi ada beberapa perkara lagi yang menyusul selepas tu..

Terus terang,aku hidup dalam kemarahan,kebencian dan dendam masa tu..Kemarahan yang meluap luap sangat.Diri dihina,ditinggalkan,dicaci..
Maruah diri pun tak dapat aku tegakkan..

Emosi dan negativiti saja yang penuh dalam jiwa aku.

But then,something happened.Aku ingatkan apa yang dah berlaku masa tu dah cukup teruk..

Rupanya ada perkara lain yang mendatang,like betul betul buat aku tersentak.

Bayangkan,kau dah sedia ada lemah.
Tak ada kawan nak berkongsi rasa.
Tak ada orang yang kau boleh percaya.
Datang pula ujian yang kau rasa tak akan mungkin kau boleh tempuh.

Rasa macam,

Harapan musnah.

No more cita cita.

Dunia gelap.

Tak ada ruang lagi untuk kau.

Rasa nak mati.

Paham?

Aku rasa deepress.
Nangis hari hari.
Pandang muka dia..Allah..

Demi Allah,

Aku lelah selelah lelahnya.
yang aku mahu cuma mati.

Saban hari,aku mohon padaNya..izinkanlah sinar menerpa dalam hidupku.
Tolong kurniakan takdir yang lebih baik untuk aku..

Since then,aku cuba rendahkan diri.
Aku minta maaf pada semua orang yang aku pernah lukakan hati.
Macam manusia normal juga,aku fear rejection orang.

Tapi aku cool kan diri.
Aku ingatkan diri,ini sebahagian dari usaha aku perbaiki diri juga.
Mungkin Allah sudi redha,sudi dengar doa doa aku selepas ini?

Aku tak bohong,
Setiap lafaz maaf yang aku ucap pada setiap manusia yang aku jumpa/text,
sangat susah nak aku ucapkan.
Tapi selepas je terkeluar perkataan "maaf/sorry"dengan rendah diri aku minta...dan semua perkataan yang menyusul selepas itu lahir dari hati aku sendiri..tidak dibuat buat.

Baik jiran,adik beradik,sahabat,ibu,ayah,mak ayah sedara..
Semua aku pohon kemaafan andai ada yang terguris hati,dan aku mohon mereka doakan kami juga..

Antara semua,pasti ada yang terima kemaafan tapi tak mahukan kita semula dalam hidup mereka.


Itu bahagian aku.Andai kehadiran aku dalam hidupnya lebih banyak mendatangkan kepahitan..
Tak apa,Aku dah usaha.Dan aku yakin Allah juga tahu..yang aku cuba.

Aku redha demi Allah.

Ever since then,
Aku nampak satu persatu..
Keadaan menjadi lebih baik untuk aku.

Aku lebih mudah meminta maaf,
Aku cuba buang ego jauh jauh.
Ada masa aku terpengaruh juga dengan bisikan hati,tapi aku bersyukur..Allah pandu aku untuk sentiasa merendah diri dan jangan malu minta maaf walau kau tak salah..its ok.yang penting jangan rumitkan keadaan sesiapa.

Aku lebih mudah confront atau bertanya pada sesiapa yang aku rasakan ada ketidakpuasan hati terhadap kami..in a good way..Aku usahakan bawa berbincang dan Alhamdulillah..semuanya baik baik aje selepas tu.

Dan aku melihat banyak perkara positif berlaku dalam hidup.

Anak anak aku membesar dengan baik dan banyak ke arah positif..alhamdulillah ..
semoga Allah sudi izinkan yang baik baik berterusan pada mereka inshaa allah..

Hubungan aku dengan adik adik bertambah baik dan kami banyak berbincang beberapa isu..hamdulillah..
Semoga Allah redha hubungan baik ini berterusan inshaa allah..

Aku sayang pada orang tuaku juga pada mertuaku..hubungan kami ada pasang surutnya..namun aku bersyukur tiap kali berjumpa kami tetap mesra..dan sentiasa hati merasa sayang dan kasihan bila tengok wajah tua mereka..aku bersyukur Allah masih sudi izinkan mereka ada lagi disisi kami alhamdulillah..
Semoga Allah redha hanya kasih sayang sahaja yang penuh dihati kami dan mereka untuk kita semua selagi hayat ada inshaa allah..

Dan buat suamiku..aku lihar dia semakin gembira dengan pekerjaannya yang sekarang..of course ada pasang surutnya..
Tapi aku bersyukur kerana dia sentiasa positif dan selalu menunjukkan peningkatan yang baik Alhamdulillah..
Semoga Allah sudi izinkan yang baik baik buatnya..buat keluarga kecil kami...inshaa allah..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Terima kasih untuk segalanya Ya Allah..
Hadirlah selalu disisiku..membimbingku ke jalan yang Engkau redha Ya Allah..
Terima kasih atas belas kasihanMu yang dilimpahkan padaku..

Alhamdulillah...inshaa allah..yang baik baik  sahaja akan datang..

Amin..

3.26am










Friday, February 15, 2019

progress Imann

Adik dah kenal body part yeayy!!

Bila mama cakap "kaki mana"adik sua kaki letak atas tangan mama.

Bila mama cakap "tangan mana,mama nak makan tangan adik"adik zua tangan terus nak sumbat dalam mulut mama.

Bila mama cakap "mata mana,mama nak makan mata dia"adik pejam mata atau terus tutup mata dengan tangan.

Allah,

Lama mama tunggu adik pandai semua ni..
Sungguh Allah Maha Mendengar doa kita dik.

Ya Allah,terima kasih untuk nikmat ini.
Hamba bersyukur yang amat padaMu Ya Allah.

Sesungguhnya sebaik baik tempat berharap,adalah padaMu Ya Allah..
Tak pernah sekalipun Tuhanku menjauh dari hambaNya yang hina lagi berdosa ini.

Semoga yang baik baik sahaja selepas ini buat kami Ya Allah..

Amin ya rabbal alamin..