Friday, February 15, 2019

progress Imann

Adik dah kenal body part yeayy!!

Bila mama cakap "kaki mana"adik sua kaki letak atas tangan mama.

Bila mama cakap "tangan mana,mama nak makan tangan adik"adik zua tangan terus nak sumbat dalam mulut mama.

Bila mama cakap "mata mana,mama nak makan mata dia"adik pejam mata atau terus tutup mata dengan tangan.

Allah,

Lama mama tunggu adik pandai semua ni..
Sungguh Allah Maha Mendengar doa kita dik.

Ya Allah,terima kasih untuk nikmat ini.
Hamba bersyukur yang amat padaMu Ya Allah.

Sesungguhnya sebaik baik tempat berharap,adalah padaMu Ya Allah..
Tak pernah sekalipun Tuhanku menjauh dari hambaNya yang hina lagi berdosa ini.

Semoga yang baik baik sahaja selepas ini buat kami Ya Allah..

Amin ya rabbal alamin..

No comments: