Thursday, September 25, 2014

Rutin.

Bangkit.
6.38am sudah.Kejutkan dia untuk Subuh.
Kelam-kabut dia ke tandas.

Aku pula terkocoh-kocoh menuju ke dapur.
Kupas bawang,hiris cili lalu celur mee kering.

Capai pula baju-baju semalam dan campak dalam mesin.
Bersatulah bunyi basuhan baju dengan rencah atas dapur.

Lihat dia sedang duduk di atas sejadah.
Membaca sesuatu.
Surah Al-Waqiah mungkin.
Bila keluar dari tandas eh?

Maaf memang tak perasan.       
Dia angkat takbir pun aku tak sedar.
Kacau-kacau mee.Masukkan perasa dan hidang bersama 1 mug teh O hangat. 

Dia siap berpakaian dan senyum pada aku.
Sarapan aku hidang cukup untuk seorang.
Usai makan dia buka pintu.

Tanda bersedia untuk keluar berkerja.
Plastik sampah dinjinjit berhati-hati dari ruang dapur terus ke depan.

Aku berdiri di pintu.
Sampah dia letak di tepi.
Salamnya aku sambut.

Sambil mulut sibuk menitip pesan yang pelbagai.
Tubuhku dirangkul.Ucapnya terima kasih untuk sarapan hari ini.
Pelukan terlerai.

Pintu pagar aku kunci.
Sambil menghantar pandang.
Dan dia pun berlalu.Bersama plastik sampah tadi.

Mesin dah bunyi.
Kain dah bersedia untuk dijemur.
Si kecil merengek mahukan susu.

Dan begitulah.
Rutin si surirumah seperti aku.

Sepanjang hayat moga diizinNya Insyaallah.




Tuhanku.

Terima Kasih.

Walau ringkas.

Walau bosan.

Di mata orang.

Tapi.

Inilah kerja paling 'awesome'.



Dan Aku.



BERSYUKUR.










Wednesday, September 24, 2014

12 bulan kali 6

Selalu senyum sorang-sorang bila teringat waktu kami bertemu.


6tahun.


Banyak suka dan duka.
Menangis sudah.
Bungkus baju nak blah pun sudah.
Aku cakap aku benci.

Masih juga kita di sini.
Mencoret 1001 memori.
Kau dan aku makin sebati.

Tapi perjalanan masih jauh.
Biarlah terus jauh.
Walau tetap akan bertemu penghujungnya.
Aku..
belum ingin lagi menjadi bukan yang kau punya.



Sekali

Pagi.

Bau yang sedap,sejuk dan tenang.Sunyi terasa.Ambil batang penyapu dan bersihkan seluruh rumah.Yang berlalu biarkan terus berlalu.Moga hari ini tenang-tenang sahaja.

Thursday, February 13, 2014

Rodok sekali nak?

Sambil layan lagu iklim selamat tinggal penderitaan,memang kena sangat dengan apa yang aku rasakan sekarang ni.Bila kau sedaya upaya cuba menjaga hati orang sekeliling tapi apa yang dapat akhirnya?orang sewenang-wenang bercakap tanpa sikit pun fikir apa yang kau rasa.nak-nak pula kau bukan jenis yang sampai hati nak buat orang semata-mata nak tegakkan kebenaran atau apa sahajalah.
Kadang aku harap sangat.Sangat-sangat mengharap diberi kekuatan untuk bercakap lantang,lepastu boleh maki orang tu left and right langsung tak payah susah hati apapun yang akan jadi nanti.
Rasa sakit jiwa.sakit sebab tak terluah apa yang kau rasa.selalu aku fikir,orang yang suka cakap sewenang-wenang ni sebenarnya memang dijadikan tanpa rasa belas ke apa?ke jenis hati yang penuh noda hitam sampai tak boleh nak consider langsung sebelum bercakap?sampai tak boleh fikir perasaan orang lain?ke aku yang bengong sebenarnya sebab biar je orang buat aku?

Tuhan,boleh tak pinjamkan sikit kekuatan kat aku untuk lawan orang-orang macam ni?sakit sangat menanggung bebanan perasaan macam ni.

Haihh.