Friday, September 8, 2017

ikhlas

Ikhlas ---berbuat sesuatu tanpa mengharap imbalan atau balasan kan?
Bila kita berbuat kebaikan pada manusia,buatlah dengan berlapang dada.
Dulu,masa aku sekolah ada seorang ustaz ni pernah cakap,jangan sesekali cakap
"Saya ikhlas tolong,saya ikhlas buat senua ni untuk awak.."
Sebab tahap ikhlas kau tu hanya Allah sahaja yang tahu.
So jangan syok sangat mencanang rasa ikhlas kau tu.

Kau selalu poyo.Selalu rasa "eh,aku buat baik kat kau,tapi kau tak hargai langsung kan"
Kau kalau nak buat benda benda yang baik pada orang sekeliling,kau amalkan konsep gini,
Aku buat kerana Allah,harap dapatlah  contra sikit dosa aku yang menimbun tu

Ini semacam investment okay.cuma bezanya kau invest untuk akhirat kau lah.
Lagi satu,once kau buat perkara elok untuk orang lain,please eh.
Diktakdirkan orang tu seolah olah lupa benda baik kau buat kat dia tu,janganlah sesekali kau rasa
besar diri seolah olah kau tu Tuhan sangat,orang tak boleh salah laku kat kau.
Kat sini kau nampak kenapa ikhlas tu kau tak boleh nak poyo poyo cakap?belum tentu lagi hati kau mulia sangat weh.
Dia buat tahi kat kau,takpe.Kau senyum je dulu.
Lagipun kau bantu dia earlier kerana Allah kan?
Dan dia tak hargai kau.Jika kau memang membantu kerana Dia,kau takkan terasa dengan perbuatan dia.
Hati mesti berkata kata,aku tahu tu.Tapi kau berhak control hati kau,minda kau.
Jangan tersasar.Teruskan support diri kau dengan kata Kata positif.
Wat lek wat peace je.
Biarkan aje,mungkin orang ni begini sikap dia,agar kau dapat muhasabah diri.
Jujur aku cakap ni,buat baik ni payah.lagi senang buat dosa.
Tapi kau ingat ni je,syurga Allah tu mahal,sebab puncak segala nikmat ada di dalam tu.
Jadi jangan cepat emosi tau bila berdepan dengan orang macam macam ni.
Teruskan berbuat kebaikan,mana tahu in return kau layak hidup lebih baik pada masa akan datang,dan layak mencium harumnya Syurga Allah.

Thursday, September 7, 2017

bersyukur itu perlu dan wajib

Hidup ini kena banyak banyak bersyukur.Apa orang dapat,kau nak pun nak jugak.
Kurangkan sikap suka sangat mengeluh tu.
Allah dah bagi banyak bahagia kat kau sebenarnya.
Ada suami yang penyayang,suka melekat kat rumah.Jenis dah penat kerja,terus nak
Balik tengok anak bini.
Sedangkan ada orang lain meratap ratap hidup dalam kemewahan,tapi laki tak pernahnya ada dengan dia.
Anak anak membesar,memanglah lasak.lagi lagi budak lelaki.Itupun kau kena bawak bersyukur jugak.
Sebab ada orang kat luar sana sedang menangis,merintih menjaga anak yang terlantar di katil hospital.Mengharap anak tu bangun,sihat dan melasak macam anak kau.Dan ada jugak yang usaha bagai nak rak untuk dapatkan anak,tapi masih belum rezeki lagi.Sedangkan kau?mengeluh je tahu.
Nikmat mana yang kau dustakan hah?
Ingat,banyak je orang kat luar tu berdoa siang malam nak dapatkan apa yang kau ada sekarang.
Bila bila masa je Allah boleh tarik balik.
Ada kurang sana sini sikit,itu biasalah.Dah kalau kau duk bandingkan hidup dengan orang yang jauh lebih baik nasibnya..memang kau takkan nampak nikmat apa yang Allah dah kurnia kat kau.
Tapi cuba kau bandingkan diri dengan yang less fortunate?tunduk ke bawah dan selami apa pulak yang mereka mereka ni rasa dan lalui...kau jauh lebih beruntung tahu tak??

At least,rumah kau masih berbumbung------ada yang hidup merempat,tidur dekat bus stand.
At least,peti ais kau masih ada makanan----sedangkan ada orang yang berkira kira bahagi makan untuk siang dan malam.

Dan paling penting,kau masih ada family.Apa guna rumah besar nak mampos,harta melimpah ruah,
tapi hakikatnya hidup kau lonely?

Banyak lagi benda yang patut kau syukuri weh,jangan asyik sangat mendongak ke atas.
Allah beri apa yang kau perlu,bukan ikut hawa nafsu kau je.Tu mata tu,bersyukurlah masa mampu melihat.Dapatlah kau tatap wajah dan kecomelan  anak kau,orang orang kesayangan kau.kang nikmat yang itu Allah tarik sekali,barulah kau tahu erti kekesalan.

Sekian.


Wednesday, September 6, 2017

Nanti

Tak sangka,dah dekat setahun arwah pergi tinggalkan kami.
Tak dapat aku bayangkan macam mana tabahnya isteri arwah teruskan hidup sambil membesarkan anak dorang yang baru umur 2tahun.
Everytime dia post dekat fb tentang arwah,mesti tulisan dia yang ceria ceria je.
Dekat 10tahun weh dorang bercinta,kahwin almost 2-3years then suddenly arwah pergi sebab sesak nafas.Tahu kan,mati tu bebila masa je datang.
Kalau dah sampai masa kau kena balik,memang balik la kau selamanya pada  Dia.
Sebak perasaan aku ni sebenarnya.Yela,terfikir berapa lama lagi masa yang aku ada untuk bersama dengan suami aku,anak anak aku,mak ayah aku.
Dan berapa lama lagi masa yang family aku ada untuk temankan aku kat sini?
Aku selalu cakap kat Mr Z,antara kita biarlah aku pergi dulu.
Sebab aku yakin dia mampu tabah dan teruskan hidup tanpa aku.
Tapi aku,aku tak boleh tanpa dia.Allah,banyak kali aku sakiti hati dia.Dia baik layan aku.Apa aku nak,dia usaha turutkan.Aku ni je,cerewet tak tentu pasal.
Kotor skit tak boleh,sepah sikit membebel tak hingat dunia.Ngomel je kerja aku.
Tu belum lagi bab bab kecil hati sebab benda merapu.Cuba tengok isteri arwah tu,hilang tempat bermanja,hilang kawan baik,hilang partner in crime,hilang tempat bersandar.Kau?
Allah masih lagi beri peluang untuk bersama dia,bersama anak anak.tapi kerja kau merempan je,merungut bukan bukan.
Bersyukur banyak banyak,gunakan kesempatan yang ada untuk berkasih sayang.create kenangan,bagitahu dia hari hari yang kau sayang dia,minta maaf aje bila dah buat salah.
Takyah mekak mekak marah dia kalau dia buat silap macamkan kau maksum sangat tak ada dosa.Beringat sikit weh sebelum semuanya jadi kenangan.




Allah,please Ya Allah.Berikan masa lagi padaku,pada mereka yang kukasihi untuk bersama lagi  dan berkasih sayang...

Tuesday, September 5, 2017

Reminder

Self reminder seumur hidup.

#apa apa hal,settlekan anak anak dulu.Ingat,anak adalah keutamaan ok!
#enroll untuk next level,tapi tunggu abang dah selesa dengan rutin darjah satu dia dulu.Then baru boleh sambung belajar.
#tak ada apa yang mustahil,yang penting mesti merancang dengan bijak.
#slow slow tak apa,asalkan ada progress.
#jangan tekan sangat diri sendiri,ikut flow dan dahululan mana lebih penting.
#jangan banyak sangat fikir akibat akibat yang belum pasti.yang penting kau cuba dulu.
Dan selalunya,hasilnya tak pernah mengecewakan betul tak? 😎
#nak buat apa pun,minta pendapat Mr Z dulu,jangan main hentam kromok aje.Kemana pun pergi,selalu beringat----diri ini isteri orang,mak orang.Jaga Adab.biar orang tak beradab,Jangan kau pula buat perangai yang sama!
#Dalam sibuk merancang untuk dunia,jangan kau lupa tanggugjawab pada Tuhan:
1.solat 5waktu 2.duha 3.tahajjjud,ni semua penting untuk internal kau faham tak?

Sunday, September 3, 2017

Sebelum terlambat


Bila dikenang,pasti hati berasa rindu.
Sesekali,kekesalan akan bertandang.
Rindu ini tidak pernah terpadam.
Kerana di situlah,permulaan kisah kita.
Tak pernah sekali,hati ini melupakan.
Setiap saat dan kenangan yang kita bina bersama,
Akan sentiasa mekar mewangi di jiwa ini.
Namun,tak ada satu pun yang kekal abadi di dunia ini.
Walau beribu sesalan,engkau tak akan mungkin kembali.
Dan,di saat ini,aku membina kenangan baru.
Walau tak mungkin seperti dulu.
Aku harus belajar menghargai apa yang masih bersamaku.
Mencipta memori memori indah buat hari tuaku.
Hargailah wahai hati,apa sahaja yang kau masih miliki,
Apa gunanya merindu dendam pada yang telah pergi,
Sedangkan yang masih di sisi,tak pernah lagi menjauh pergi.
Terima kasih sayang sayangku,kerana tak pernah jemu menerima seadanya aku.