Sunday, September 3, 2017

Sebelum terlambat


Bila dikenang,pasti hati berasa rindu.
Sesekali,kekesalan akan bertandang.
Rindu ini tidak pernah terpadam.
Kerana di situlah,permulaan kisah kita.
Tak pernah sekali,hati ini melupakan.
Setiap saat dan kenangan yang kita bina bersama,
Akan sentiasa mekar mewangi di jiwa ini.
Namun,tak ada satu pun yang kekal abadi di dunia ini.
Walau beribu sesalan,engkau tak akan mungkin kembali.
Dan,di saat ini,aku membina kenangan baru.
Walau tak mungkin seperti dulu.
Aku harus belajar menghargai apa yang masih bersamaku.
Mencipta memori memori indah buat hari tuaku.
Hargailah wahai hati,apa sahaja yang kau masih miliki,
Apa gunanya merindu dendam pada yang telah pergi,
Sedangkan yang masih di sisi,tak pernah lagi menjauh pergi.
Terima kasih sayang sayangku,kerana tak pernah jemu menerima seadanya aku.

No comments: