Friday, September 8, 2017

ikhlas

Ikhlas ---berbuat sesuatu tanpa mengharap imbalan atau balasan kan?
Bila kita berbuat kebaikan pada manusia,buatlah dengan berlapang dada.
Dulu,masa aku sekolah ada seorang ustaz ni pernah cakap,jangan sesekali cakap
"Saya ikhlas tolong,saya ikhlas buat senua ni untuk awak.."
Sebab tahap ikhlas kau tu hanya Allah sahaja yang tahu.
So jangan syok sangat mencanang rasa ikhlas kau tu.

Kau selalu poyo.Selalu rasa "eh,aku buat baik kat kau,tapi kau tak hargai langsung kan"
Kau kalau nak buat benda benda yang baik pada orang sekeliling,kau amalkan konsep gini,
Aku buat kerana Allah,harap dapatlah  contra sikit dosa aku yang menimbun tu

Ini semacam investment okay.cuma bezanya kau invest untuk akhirat kau lah.
Lagi satu,once kau buat perkara elok untuk orang lain,please eh.
Diktakdirkan orang tu seolah olah lupa benda baik kau buat kat dia tu,janganlah sesekali kau rasa
besar diri seolah olah kau tu Tuhan sangat,orang tak boleh salah laku kat kau.
Kat sini kau nampak kenapa ikhlas tu kau tak boleh nak poyo poyo cakap?belum tentu lagi hati kau mulia sangat weh.
Dia buat tahi kat kau,takpe.Kau senyum je dulu.
Lagipun kau bantu dia earlier kerana Allah kan?
Dan dia tak hargai kau.Jika kau memang membantu kerana Dia,kau takkan terasa dengan perbuatan dia.
Hati mesti berkata kata,aku tahu tu.Tapi kau berhak control hati kau,minda kau.
Jangan tersasar.Teruskan support diri kau dengan kata Kata positif.
Wat lek wat peace je.
Biarkan aje,mungkin orang ni begini sikap dia,agar kau dapat muhasabah diri.
Jujur aku cakap ni,buat baik ni payah.lagi senang buat dosa.
Tapi kau ingat ni je,syurga Allah tu mahal,sebab puncak segala nikmat ada di dalam tu.
Jadi jangan cepat emosi tau bila berdepan dengan orang macam macam ni.
Teruskan berbuat kebaikan,mana tahu in return kau layak hidup lebih baik pada masa akan datang,dan layak mencium harumnya Syurga Allah.

No comments: