Thursday, September 25, 2014

Rutin.

Bangkit.
6.38am sudah.Kejutkan dia untuk Subuh.
Kelam-kabut dia ke tandas.

Aku pula terkocoh-kocoh menuju ke dapur.
Kupas bawang,hiris cili lalu celur mee kering.

Capai pula baju-baju semalam dan campak dalam mesin.
Bersatulah bunyi basuhan baju dengan rencah atas dapur.

Lihat dia sedang duduk di atas sejadah.
Membaca sesuatu.
Surah Al-Waqiah mungkin.
Bila keluar dari tandas eh?

Maaf memang tak perasan.       
Dia angkat takbir pun aku tak sedar.
Kacau-kacau mee.Masukkan perasa dan hidang bersama 1 mug teh O hangat. 

Dia siap berpakaian dan senyum pada aku.
Sarapan aku hidang cukup untuk seorang.
Usai makan dia buka pintu.

Tanda bersedia untuk keluar berkerja.
Plastik sampah dinjinjit berhati-hati dari ruang dapur terus ke depan.

Aku berdiri di pintu.
Sampah dia letak di tepi.
Salamnya aku sambut.

Sambil mulut sibuk menitip pesan yang pelbagai.
Tubuhku dirangkul.Ucapnya terima kasih untuk sarapan hari ini.
Pelukan terlerai.

Pintu pagar aku kunci.
Sambil menghantar pandang.
Dan dia pun berlalu.Bersama plastik sampah tadi.

Mesin dah bunyi.
Kain dah bersedia untuk dijemur.
Si kecil merengek mahukan susu.

Dan begitulah.
Rutin si surirumah seperti aku.

Sepanjang hayat moga diizinNya Insyaallah.




Tuhanku.

Terima Kasih.

Walau ringkas.

Walau bosan.

Di mata orang.

Tapi.

Inilah kerja paling 'awesome'.



Dan Aku.



BERSYUKUR.










No comments: