Monday, October 10, 2011

Selamat Malam Sayang...

Semalam pergi kenduri majlis pertunangan acu.
Bapak banyak dulang hantaran dia.Siap mak andam segala.
tak sesempoi masa dia bertunang dengan abg iwan dulu..Hmm..
Qaiser asyik kena gomol dengan tok dan nenek sedara dia.
Sian dia..sampai rimas dibuatnya..
Takpelah kan bukan selalu pun jumpa.
Semalam on the way balik pukul 8.40pm Qaiser tertido dalam pangkuan aku.
Nak kata penat sangat,tak jugak sebab dia tido kejab sebelum maghrib.
Hmm..budak manja ni memang kalah dengan a/cond kereta..
Asal a/cond tala ke muka confirm nak lalok..

Bila sampai rumah Qaiser pun terjaga.
Aku dah la penat tak ingat.Lap badan Qaiser,tukar baju dan pampers terus masukkan dia
dalam walker.Sengih bukan main.Maklumlah dah dapat tenaga balik.
Pukul 10 lebih macam tu Ayin sampai.Dia nak ambil buku mama.Qaiser suka sangat dengan si Azren bf Ayin.Agaknya sebab budak tu botak kot huhu.
Ayin gerak dalam 11.30pm macam tu,aku terus sambung beguling atas tilam.Qaiser semangat nak main lagi.

Aku dah lembik sangat2..Aku pandang muka Qaiser yang tengah sakan berguling.Aku cakap,
'Sayang,mama penat sangat2.Esok mama kena pergi work..kita tido k sayang.."Qaiser tenung je muka aku dengan mulut melopong.Habis je aku cakap terus dia toleh kanan cari bantal dia,siap cium-cium bantal (nak tunjuk dia da ready nak tido)aku capai botol air dan bantal busuk baringkan dia elok2..kasi dia minum tepuk2 sikit terus tetido..

Aku pandang dd..Dd pandang aku..

''Anak kesian kat B..dia nak B rehat la tu..''

Aku?tersentuh hati...lalu cium Qaiser sambil bisikkan''thank u sayang mama luv u..''


3 comments:

Queenie said...

nenek Q pun mcm Qaiser...kena a/con jer terus khatam hek3...

IerasukaCoklat said...

Hehe...rindu kak Q..rindu entry akak..cepat balik k...

Queenie said...

rindu your new entri too..