Wednesday, July 13, 2016

Insyaallah

Dah terlalu lama rupanya aku tinggalkan ruangan ini.Terasa rindu bila tengok satu per satu gambar dan kenangan lalu.Apa yang berbeza ya?

Banyak yang berubah,

Qaiser kini dah pun berumur 5 tahun. Semakin petah bercakap.Kadang-kadang rasa nak aje jentik mulut dia. tapi itulah pun penghibur hati aku.

Rumah tu aku dah jual.Masa jual tu tak terasa apa-apa,tapi bila dah lama sikit baru terasa sakit dia.
SAKIT sebab rumah tu penuh dan sarat barat dengan memori.

Sesekali menitis juga air mata ni.Tak apalah,moga redha hati ini hendaknya.

Aku percaya,akan ada ganti yang lebih baik.

Oh ya,Qaiser bakal menjadi Abang.

Insyaallah dengan izinNya,keluarga kecil aku ni bakal berkembang dan bertambah lagi.

Aku sayangkan keluarga ini.Aku impikan hidup yang penuh dengan ketenangan dan kedamaian di samping orang orang yang aku sayang sampai ke syurga.


Doakan aku ya?



Thursday, September 25, 2014

Rutin.

Bangkit.
6.38am sudah.Kejutkan dia untuk Subuh.
Kelam-kabut dia ke tandas.

Aku pula terkocoh-kocoh menuju ke dapur.
Kupas bawang,hiris cili lalu celur mee kering.

Capai pula baju-baju semalam dan campak dalam mesin.
Bersatulah bunyi basuhan baju dengan rencah atas dapur.

Lihat dia sedang duduk di atas sejadah.
Membaca sesuatu.
Surah Al-Waqiah mungkin.
Bila keluar dari tandas eh?

Maaf memang tak perasan.       
Dia angkat takbir pun aku tak sedar.
Kacau-kacau mee.Masukkan perasa dan hidang bersama 1 mug teh O hangat. 

Dia siap berpakaian dan senyum pada aku.
Sarapan aku hidang cukup untuk seorang.
Usai makan dia buka pintu.

Tanda bersedia untuk keluar berkerja.
Plastik sampah dinjinjit berhati-hati dari ruang dapur terus ke depan.

Aku berdiri di pintu.
Sampah dia letak di tepi.
Salamnya aku sambut.

Sambil mulut sibuk menitip pesan yang pelbagai.
Tubuhku dirangkul.Ucapnya terima kasih untuk sarapan hari ini.
Pelukan terlerai.

Pintu pagar aku kunci.
Sambil menghantar pandang.
Dan dia pun berlalu.Bersama plastik sampah tadi.

Mesin dah bunyi.
Kain dah bersedia untuk dijemur.
Si kecil merengek mahukan susu.

Dan begitulah.
Rutin si surirumah seperti aku.

Sepanjang hayat moga diizinNya Insyaallah.




Tuhanku.

Terima Kasih.

Walau ringkas.

Walau bosan.

Di mata orang.

Tapi.

Inilah kerja paling 'awesome'.



Dan Aku.



BERSYUKUR.










Wednesday, September 24, 2014

12 bulan kali 6

Selalu senyum sorang-sorang bila teringat waktu kami bertemu.


6tahun.


Banyak suka dan duka.
Menangis sudah.
Bungkus baju nak blah pun sudah.
Aku cakap aku benci.

Masih juga kita di sini.
Mencoret 1001 memori.
Kau dan aku makin sebati.

Tapi perjalanan masih jauh.
Biarlah terus jauh.
Walau tetap akan bertemu penghujungnya.
Aku..
belum ingin lagi menjadi bukan yang kau punya.



Sekali

Pagi.

Bau yang sedap,sejuk dan tenang.Sunyi terasa.Ambil batang penyapu dan bersihkan seluruh rumah.Yang berlalu biarkan terus berlalu.Moga hari ini tenang-tenang sahaja.

Thursday, February 13, 2014

Rodok sekali nak?

Sambil layan lagu iklim selamat tinggal penderitaan,memang kena sangat dengan apa yang aku rasakan sekarang ni.Bila kau sedaya upaya cuba menjaga hati orang sekeliling tapi apa yang dapat akhirnya?orang sewenang-wenang bercakap tanpa sikit pun fikir apa yang kau rasa.nak-nak pula kau bukan jenis yang sampai hati nak buat orang semata-mata nak tegakkan kebenaran atau apa sahajalah.
Kadang aku harap sangat.Sangat-sangat mengharap diberi kekuatan untuk bercakap lantang,lepastu boleh maki orang tu left and right langsung tak payah susah hati apapun yang akan jadi nanti.
Rasa sakit jiwa.sakit sebab tak terluah apa yang kau rasa.selalu aku fikir,orang yang suka cakap sewenang-wenang ni sebenarnya memang dijadikan tanpa rasa belas ke apa?ke jenis hati yang penuh noda hitam sampai tak boleh nak consider langsung sebelum bercakap?sampai tak boleh fikir perasaan orang lain?ke aku yang bengong sebenarnya sebab biar je orang buat aku?

Tuhan,boleh tak pinjamkan sikit kekuatan kat aku untuk lawan orang-orang macam ni?sakit sangat menanggung bebanan perasaan macam ni.

Haihh.

Sunday, August 4, 2013

detik 1

Hidup di tempat orang memang banyak bezanya dari kota kelahiran.
Terutama skali bila dah selesa dan menjalani hidup dengan 1001kemudahan
tup2 tercampak dI tempat ceruk camni.
Hati mula lah merintih-rintih nak balik ke tempat asal.
Hari pertama sampai masih boleh senyum.
Sampai ke malam terus air mata berjujuran.(tak boleh cite)
Punya kronik menangis sampai dd sendiri seksa tengok aku.
Terus dd arrange flight ticket untuk aku dan qaiser balik keesokan hari.

Tapi...
Aku tetap menangis walau kaki dah jejak kota kelahiran.
Sebak hati tinggalkan dd sendiri.
Pelukan terakhir sebelum belepas aku nampak air matanya bergenang.
Hati dia kesal dengan apa yang terjadi.
Kerana tak sanggup melihat aku dan qaiser susah, maka kami dihantar pulang
untuk sementara waktu.

Saat berjauhan, hati aku tetap hiba.
Melihat bilik kami, aku menangis.
Memandang ruang tamu, nangis lagi.
Ternampak-nampak susuk tubuh dd di serata ruang.
Itu seksa yang aku tanggung.
Apa yang aku lalui begitulah rasa di hati dd.

Ahh..
Terlalu panjang ceritanya jika nak dihuraikan.


Setakat ini dulu coretanku.

Moga bertemu lagi.

Ikhlas, tapi jauh,

Iera.


Tuesday, March 19, 2013

sayangku qaiser zaidy

Semenjak benti keje ni aku ambik upah jaga anak org..buat masa skg aku jaga 2bradik..yang sulung umur nak masuk 3 dan yng kecik bru 2bulan..ari pertama sumenya nmpak ok sbb dd pun ada kt umah so bolehla dia lyn qai smntars aku jg 2brdik td..tp aku nmpk dan dpt rasakan..walaupun qai nmpak gmbira sbb ada kwan..tp dri mata qai mcm ada sikit cmburu..aku tgk qai mcm kdekut skit dgn mainan dia..apa kakak tu pegang itulah yg dirampasnya padahal dia xheran pun dgn brg tu sblum ni..qai mula cranky bila dia nmpak aku kendong sikecik..tp sbb papa dia ada dia beralahlah jugak..


Arini dd da mula keja balik..aku jga budak2 tu mcm ari yg sblumnya..yang kakak tu pun da pandai nak amuk billa apa yg dia nak qai amik..aku paham..budak2 bgaduh tu biasa..lama aku perhati..aku tersedar yg sbnarnya qai bkn nk sgt brg2 tu..tp dia sbnrnya brusaha nak raih perhatian aku..dia nak aku sntiasa dgn dia..kdg masih si baby tgh myusu masa tu gakla dia dtg aku smbil merengek suh aku letk bby..nanti bila si kakak tu nak bmanja qai lak cpt2 duduk kat riba aku..sumpah aku sedihvtgok qai cmni..

Petang td masa qai tdo si bby menangis..aku angkat dr buai dn baringkn sebelah dia..sambil tu aku bgurau n acah2 sikecik td..aku tau qai tgh nyenyak tdo..jarang sgt dia tjaga unless klu dia nak air..tiba2 qak bgn merengek2 tak bg aku main dgn bby..pastu dia ttdo blk..haiih..ksian sgt..part yg paling aku terasa bila mahgrib td..aku nk suap dia n si kakak mkn..kakak mkn agak byk..tp qai dua sudu je..pastu budak2 pun blk..aku duk kat balkoni kjab lepaskan lelah..tetiba aku dgr qai jerit2 pggil aku Mama..mama! aku pegi kat dia tanya qai knapa?mama kan ada kt sini..terus dia peluk sambil placing kpala kat bahu aku..dapat aku rasakan..betapa rindunya dia kat aku mama yg xjemu2 mlyan kerenah dzn permintaan dia slamani..aku sedar qai terabai smnjak aku mgsuh ank org..


Aku ajak qai msuk bilik n psgkn cd upin ipin dia..pastu aku mandi dan siapkn smkuk bubur nasi utk qai..klu td cuma 2sudu tp skjb td 1mgkuk stgh qai mkn sambil mlyn upin ipin dia..aku tahu qai rindukan belaian dan layanan aku mamanya..aku sedar qai sedih tgok aku melayan ank2 yg aku asuh..dan prbuatan qai yg mbuat aku marah sbnarnya adalah ekspresi qai..prasaan qai yg mbrontak tp dizahirkan mlalui cara dia yg tsdiri..dia xtau nak ckp jd aku phm itu caranya..

ntahla..aku xpasti smpi bila kdaan akn terus cmni..aku memndam rasa..aku terluka bila ati qai tguris..aku harap sgt qai phm yg aku buat cmni untuk bntu ekonomi kami..akuxsygkn qai dunia akhirat..dialah anugerah trindah utk aku..sabarlah qai..cinta mama utk qai sentiasa mewangi slamanya slgi hayat mama dikandung bdn dan saat jasad mama hancur ditelan bumi..qai yg tristimewa dan xda sapa yg bole mgntikan tmpat qai d hati mama..qai doakanlah agar kita
 dkurniakan rezeki yng mlimpah..insyaallah..andai saat itu dtg..mama ak kpunyaan qai seorg mcm yg qai idamkn selamanyaa..slamat mlm sayangku..mimpikn hal yg indah..moga esok qai akn bgun dgn syuman berhias lesung pipit seperti slalu..seperti duu..