Sunday, August 4, 2013

detik 1

Hidup di tempat orang memang banyak bezanya dari kota kelahiran.
Terutama skali bila dah selesa dan menjalani hidup dengan 1001kemudahan
tup2 tercampak dI tempat ceruk camni.
Hati mula lah merintih-rintih nak balik ke tempat asal.
Hari pertama sampai masih boleh senyum.
Sampai ke malam terus air mata berjujuran.(tak boleh cite)
Punya kronik menangis sampai dd sendiri seksa tengok aku.
Terus dd arrange flight ticket untuk aku dan qaiser balik keesokan hari.

Tapi...
Aku tetap menangis walau kaki dah jejak kota kelahiran.
Sebak hati tinggalkan dd sendiri.
Pelukan terakhir sebelum belepas aku nampak air matanya bergenang.
Hati dia kesal dengan apa yang terjadi.
Kerana tak sanggup melihat aku dan qaiser susah, maka kami dihantar pulang
untuk sementara waktu.

Saat berjauhan, hati aku tetap hiba.
Melihat bilik kami, aku menangis.
Memandang ruang tamu, nangis lagi.
Ternampak-nampak susuk tubuh dd di serata ruang.
Itu seksa yang aku tanggung.
Apa yang aku lalui begitulah rasa di hati dd.

Ahh..
Terlalu panjang ceritanya jika nak dihuraikan.


Setakat ini dulu coretanku.

Moga bertemu lagi.

Ikhlas, tapi jauh,

Iera.


No comments: