Tuesday, March 12, 2013

Walau tanganmu bersimen...kau tetap....Ah sambung la sendiri.

Lapar gila ni..Baru teringat dari pagi tak makan apa sebab kelam kabut settlekan hal rumah.Pagi-pagi dah keluar hantar DD pergi kerja.Dia accident malam tadi,tangan dah la bersimen ada hati nak pergi kerja.
Aku pun tak paham la..Bulan lepas dia jatuh motor masa on the way pergi Cheras Leisure Mall.Tangan kiri luka teruk..Rusuk pun masih sakit sampai sekarang.Belum sempat luka baik semalam jadi lagi ngam2 kat simpang tiga depan rumah.Kali ini budak motor langgar dia.Sekarang merasalah tangan bersimen.Kesian tu memanglah kan dah yang kena pun laki sendiri dah tentu rasa sedih and down gila dengan apa yang jadi.Tapi kalau dikenang balik marah pun ada dengan budak yang langgar dia tu.Dah la lampu motor tak ada,helmet pun tak pakai lepas tu sesuka hati nak blame DD sebab main keluar simpang.Hello!!akal ada??Dah la malam hari gelap,dah tau lampu motor jahanam pergi bawak macam syaitan nirojim kenapa??Tu pun mujur aku dengan Qaiser tak ikut sekali,kalau tak??Sedih gila bila DD cakap''Benda nak jadi B..sorry sangat sebab susahkan B dengan yang lain..''Rasa bergenang je air mata.

Oh,lupa nak cerita..Masa kat Hospital ******* Ya Allah...Service lembab nak mampos.DD tu bertabah jelah tahan dengan tangan bengkok,rusuk sakit,bibir pecah..Dorang boleh buat bodoh je??Aku tau la patient ramai tapi kepala hotak kau biar org tertunggu2 sampai DD dah tak tahan terus approach seorang Doc..''Saya dah tak tahan ni.Tengok tangan saya ni bengkok rusuk saya pun sakit dari tadi..boleh tolong saya tak?''Nasib Doc tu baik dia suruh DD masuk Zon Kuning dan buat Xray.Nak tunggu result pun sejam.. Bila tanya staff dekat situ dia sound aku balik!!Ini sudah lebih..tak apa..Tak lama lepas tu Papa pun sampai..Aku cerita kat Papa mamat mana yang biadap tu,terus Papa pergi kat dia minta result DD..Reti pula kau cakap baik2 kan tadi dengan aku kemain langsi serupa minta sedekah kat kau...


Haiihh sudahla!lagi aku mengenang lagi sakit jiwa lagi menggelegak darah aku ni.DD dapat MC 7hari..Tapi nak juga kerja..Pergi aku hantar..elok aku tengah mengemas dapur dia pun sampai..Katanya dorang suruh dia balik rehat kat rumah...Hahh...Tula degil lagi tak mahu dengar cakap orang..sudahnya dengan tangan berbalut terpaksa naik bas..hehe..Eh ok la nanti borak lagi..Kang lama2 on9 mendapat pulak aku kena hempuk dengan tangan simen DD..Daaaa...!!

Sunday, September 9, 2012

Lama..

Dah lama sangat tak masuk sini..Bila tengok post lama tiba rasa semacam..Nantilah..kalau keadaan mengizinkan..andai punya masa terluang..akan aku menulis kembali untuk rujukan dan simpanan masa depan.



Iera.

Monday, October 10, 2011

Selamat Malam Sayang...

Semalam pergi kenduri majlis pertunangan acu.
Bapak banyak dulang hantaran dia.Siap mak andam segala.
tak sesempoi masa dia bertunang dengan abg iwan dulu..Hmm..
Qaiser asyik kena gomol dengan tok dan nenek sedara dia.
Sian dia..sampai rimas dibuatnya..
Takpelah kan bukan selalu pun jumpa.
Semalam on the way balik pukul 8.40pm Qaiser tertido dalam pangkuan aku.
Nak kata penat sangat,tak jugak sebab dia tido kejab sebelum maghrib.
Hmm..budak manja ni memang kalah dengan a/cond kereta..
Asal a/cond tala ke muka confirm nak lalok..

Bila sampai rumah Qaiser pun terjaga.
Aku dah la penat tak ingat.Lap badan Qaiser,tukar baju dan pampers terus masukkan dia
dalam walker.Sengih bukan main.Maklumlah dah dapat tenaga balik.
Pukul 10 lebih macam tu Ayin sampai.Dia nak ambil buku mama.Qaiser suka sangat dengan si Azren bf Ayin.Agaknya sebab budak tu botak kot huhu.
Ayin gerak dalam 11.30pm macam tu,aku terus sambung beguling atas tilam.Qaiser semangat nak main lagi.

Aku dah lembik sangat2..Aku pandang muka Qaiser yang tengah sakan berguling.Aku cakap,
'Sayang,mama penat sangat2.Esok mama kena pergi work..kita tido k sayang.."Qaiser tenung je muka aku dengan mulut melopong.Habis je aku cakap terus dia toleh kanan cari bantal dia,siap cium-cium bantal (nak tunjuk dia da ready nak tido)aku capai botol air dan bantal busuk baringkan dia elok2..kasi dia minum tepuk2 sikit terus tetido..

Aku pandang dd..Dd pandang aku..

''Anak kesian kat B..dia nak B rehat la tu..''

Aku?tersentuh hati...lalu cium Qaiser sambil bisikkan''thank u sayang mama luv u..''


Monday, September 12, 2011

Tuhan...Sekali Lagi..

ibu

Aku terlalu rindukan ibu...

Hampir setiap malam aku mimpikanmu..

Kita bertemu..

Namun terpisah di balik kaca nan besar..

Ingin sekali aku menyentuhmu ibu...

Mendakap..dan mencium pipi ibu berkali-kali...

Agar terlerai rindu ini..



Ya Allah,

Berikanlah bidadariku ini peluang sekali lagi...
Izinkanlah kami berhimpun kembali seperti dulu...
Aku terlalu rindukan sentuhannya..

Tolonglah Tuhan yang Maha Berkuasa...
Maafkanlah dia si bidadariku...
Ampunkanlah segala perbuatannya..
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....



Amin..

Angin...

Sampaikan hembusan rindu ini pada ibuku...

Aku akan tetap menantimu ibu selagi nafas belum terhenti..

Tuesday, August 9, 2011

Tahu tak....


Kesabaran aku ada hadnya.

Ku akui,aku adalah insan yang rapuh imannya.

Namun aku tetap cuba untuk bertahan.

Biarpun sakit,pedih ibarat ditusuk belati tajam.

Cuma satu,

Jangan sesekali kau duga diri ini.

Sekali aku melangkah,tak akan mungkin berpaling lagi.

Tuesday, August 2, 2011

Weekend & Qaiser


Hujung minggu macam biasa.


Tersedar dari tidur sebab Qaiser menangis punggung dia penuh tahi.(anak aku penggeli ok)

Bersihkan apa yang patut lepas tu bergelumang dengan dia atas katil.


Kasi gomol-gomol,cium-cium,sedut-sedut bau masam dia yang sedap,pada aku lah.

(semua ibu pun suka bau masam anak masing-masingkan?)


Lepas tu bangun terus siapkan air mandi dan biskut dia sekali..


Layan gambar je la ya,aku nak balik dah ni...




Saya penat tapi mama asyik kacau saya je!



see?bukti Qaiser sayangkan aku...huhu..


Saya hensem macam papa...










saya kepenatan sebab layan mama yang kebosanan.....







Friday, June 10, 2011

Untitled


Apabila kita dilanda badai,barulah ingatan kembali padaNya.
Lumrah manusia,bila dah terhantuk baru nak terngadah.
Terhegeh-hegeh buka almari cari telekung dan sejadah yang berkurun tersimpan
sampai berdebu.
Mengapa begitu?

Aku adalah lemah
Aku tiada berdaya
Roh dan jasad bagaikan terpisah
Jiwa dan minda tidak lagi sehaluan
Namun aku tetap berdiri
Demi anakku yang tersayang
Renungan mata Qaiser yang sayu menyentuh naluriku
Mata itu terlalu sedih seolah-olah dapat merasakan
gelora di jiwa mamanya
Aku cekalkan hati ini demi insan-insan yang aku cintai
Aku mesti optimis
Aku harus berfikiran positif
ALLAH tidak akan sekali-kali menganiayai hambaNya
Aku percaya
Allah berikan hujan kerana mahu menghadiahkan pelangi.