Tuesday, March 12, 2013

Walau tanganmu bersimen...kau tetap....Ah sambung la sendiri.

Lapar gila ni..Baru teringat dari pagi tak makan apa sebab kelam kabut settlekan hal rumah.Pagi-pagi dah keluar hantar DD pergi kerja.Dia accident malam tadi,tangan dah la bersimen ada hati nak pergi kerja.
Aku pun tak paham la..Bulan lepas dia jatuh motor masa on the way pergi Cheras Leisure Mall.Tangan kiri luka teruk..Rusuk pun masih sakit sampai sekarang.Belum sempat luka baik semalam jadi lagi ngam2 kat simpang tiga depan rumah.Kali ini budak motor langgar dia.Sekarang merasalah tangan bersimen.Kesian tu memanglah kan dah yang kena pun laki sendiri dah tentu rasa sedih and down gila dengan apa yang jadi.Tapi kalau dikenang balik marah pun ada dengan budak yang langgar dia tu.Dah la lampu motor tak ada,helmet pun tak pakai lepas tu sesuka hati nak blame DD sebab main keluar simpang.Hello!!akal ada??Dah la malam hari gelap,dah tau lampu motor jahanam pergi bawak macam syaitan nirojim kenapa??Tu pun mujur aku dengan Qaiser tak ikut sekali,kalau tak??Sedih gila bila DD cakap''Benda nak jadi B..sorry sangat sebab susahkan B dengan yang lain..''Rasa bergenang je air mata.

Oh,lupa nak cerita..Masa kat Hospital ******* Ya Allah...Service lembab nak mampos.DD tu bertabah jelah tahan dengan tangan bengkok,rusuk sakit,bibir pecah..Dorang boleh buat bodoh je??Aku tau la patient ramai tapi kepala hotak kau biar org tertunggu2 sampai DD dah tak tahan terus approach seorang Doc..''Saya dah tak tahan ni.Tengok tangan saya ni bengkok rusuk saya pun sakit dari tadi..boleh tolong saya tak?''Nasib Doc tu baik dia suruh DD masuk Zon Kuning dan buat Xray.Nak tunggu result pun sejam.. Bila tanya staff dekat situ dia sound aku balik!!Ini sudah lebih..tak apa..Tak lama lepas tu Papa pun sampai..Aku cerita kat Papa mamat mana yang biadap tu,terus Papa pergi kat dia minta result DD..Reti pula kau cakap baik2 kan tadi dengan aku kemain langsi serupa minta sedekah kat kau...


Haiihh sudahla!lagi aku mengenang lagi sakit jiwa lagi menggelegak darah aku ni.DD dapat MC 7hari..Tapi nak juga kerja..Pergi aku hantar..elok aku tengah mengemas dapur dia pun sampai..Katanya dorang suruh dia balik rehat kat rumah...Hahh...Tula degil lagi tak mahu dengar cakap orang..sudahnya dengan tangan berbalut terpaksa naik bas..hehe..Eh ok la nanti borak lagi..Kang lama2 on9 mendapat pulak aku kena hempuk dengan tangan simen DD..Daaaa...!!

No comments: