Monday, May 10, 2010

Kasih Sayang Adik dan Kakak

Sedih aku baca cerpen ni....

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
“Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
“Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”
“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. .
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”
Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. “
“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


Kawan-kawan....jadikan cerita ini sebagai iktibar buat kita,sayangilah adik-beradik anda... :)

Friday, May 7, 2010

Syukur Alhamdulillah......................

Ya Allah Ya Tuhanku...Terima kasih Ya Allah di atas rahmat yang Engkau limpahkan padaku dan suamiku...Terima kasih atas kurniaan rezekiMu..Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...Dan Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa atas
segala-galanya..Tiada Tuhan yang layak disembah melainkanMu Ya Allah....Terima kasih Ya Allah...Terima kasih Ya Allah...Terima kasih Ya Allah.....

Alhamdulillah...................

Sekadar renungan bersama....

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, Aku Cinta Padamu, maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN..
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa. KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar..
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1.. Rasa hormat pada diri sendiri
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar. KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH. Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian

Kini tibalah bahagian yang MENYERONOKKAN!Totem tantra ini telah dihantar kepada anda untuk kebaikan. Totem ini telah diedarkan ke seluruh dunia setakat ini sebanyak sepuluh kali.. Kepercayaan orang China, dalam tempoh empat hari dari tarikh totem ini anda edarkan anda akan beroleh keuntungan.Sila hantarkan salinan kepada mereka yang pada pendapat anda memerlukan kebaikan. Janganlah hantarkan wang kerana nilai takdir tidak boleh dijual beli..Dilarang menyimpan pesanan ini..Totem tantra ini hendaklah berada di tangan anda dalam tempoh 96 jam dari masa anda menerimanya.Anda akan menerima suatu kejutan yang amat menyeronokkan.Kebenarannya akan terserlah, walaupun anda tidak mempercayai perkara yang karut-marut. Edarkan maklumat ini sekurang-kurangnya kepada 5 orang dan anda akan
merasai perubahan positif yang berlaku dalam hidup anda.0-4 orang: Anda kan mengalami perubahan kehidupan yang kecil.5-9 orang: Peningkatan perubahan kehidupan anda berada di tahap yang anda benar-benar ingini.9-14 orang: Anda akan menerima sekurang-kurangnya 5 kejutan dalam setiap 3 minggu.15 dan lebih orang: Taraf kehidupan anda akan meningkat dengan pantas!!

p/s:Berserah pada Allah,hanya Dia yang berkuasa atas segalanya..ikut nasihat berkaler merah,bukan kaler kelabu tau!

Tuesday, April 27, 2010

Kisah Benar: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW

Salam kawan2....Nota di bawah yang aku terima melalui nota FB MR DD dan aku copy untuk tatapan kalian...

Kisah Benar:Pelajar UIA bermimpibertemu Rasulullah SAW5 APRIL 2010Kuala Lumpur, - Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama...Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah S.A.W...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah S.A.W. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah S.A.W. sendiri.."Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!Kemudian Baginda Nabi S.A.W. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi S.A.W. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn telatah dan sikap serta perangai ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi S.A.W."Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!Read more:
http://www.ar-rifke.com/2010/04/kisah-benar-pelajar-uia-bermimpi.html#ixzz0kLQQWWtN-Dipetik http://www.ar-rifke.com/2010/04/kisah-benar-pelajar-uia-bermimpi.html#ixzz0kLPrTo41-

Tuesday, April 20, 2010

Biadab!!!

Hello!!ye ye...aku tahu dah berapa hari blog ni xberupdate ye dak?Sila salahkan waktu yang sentiasa mencemburui aku,cehh!!banyak naa cekadak ko Cik Iera!Past few days ni aku bz skit ler,menguruskan rumah tangga,spt cuci baju,gosok baju,shopping barang dapur yang dah ketandusan,melayan MR DD,anak buah etc...untuk maklumat korang aku ni on9 kat office jer,tapi tak adalah all da time,tu maknanya cari maut!mau kena free kick ngan Ms.Khor tu,aissh!

Ni ada benda nak story ngan u alls,last Thursday Ms Peepee ada bagi aku satu surat untuk di post oleh hamba Allah ni,aku pun letaklah cantik2 kat meja dengan harapan dia akan perasan dan anta la surat tu.Rupenyer jangkaanku meleset sekali yang mane penyudahya mamat ni hanya memandang sayu pada surat tu dan berlalu sepi,mase tu dah pukul 4.30pm dah,dan aku pasti mamat ni takkan patah balik office nyer kalau dah keluar waktu2 cenggini.Aku sabar lagi nih,esoknye bila dia sampai office aku pun terus pesan kat dia:

aku:abang jangan lupa pos surat tu nanti k,iera letak atas meja tapi abang tak amik semalam.

dan cuba korang teka apa respon dia??sambil berjalan masuk ke office (belakangkan aku kay!tak dengar aku abes cakap lagi terus jalan ni!)dengan langsinyer die menajwab:

Mamat tu:Nanti-nantilah!Balik nanti abang pos surat tu! !

Korang boleh bayangkan tak betapa panasnyer ati aku waktu tu...masa tu baru pukul 9.10am dan surat tu semalam punye tau!!(pee2 bg surat ari khamis,kejadian ni ari jumaat)Diulangi,SURAT SEMALAM!!dia nak pos waktu balik keja.Aku pun terus sound lar,all this while kau mintak tolong kat aku,aku buat jer.bile aku mintak ko tolong anta surat jer wey camni ko respon kat aku?????xper,aku ingat!terus diam mamat tu,sampai balik tak bercakap ngan aku!come on lah,profesional la sikit!aku panggil ko abang tak bermakna aku ni cam adik2 ko yang boleh ko nak cakap camtu kan,tahu lah ko lagi tua tapi respect la sikit bila orang bercakap ngan ko kan,bila bos suruh dengan taat nyer ko menurut perintah!same2 carik makan kat sini,ko buat keje ko aku pun buat keje aku!xpayah lah nak tunjuk biadab!

Smalam Ms Peepee mintak aku pos surat lagi,aku cakap kat dia next time kalau nak pos surat terus carik mamat tuh,xyah suh aku..aku citer lah kat pee2 kes aku ngan mamat tu,minah tu cakap nanti dia cakap ngn MsKhor,aku cakap ok jer.So pagi tadi dalam 9.30am camtu MsKhor panggil aku naik,korang tahu die cakap apa?

MsKhor:I heard u ada gado sama ****n u taknak tolong Ms Pee handle surat2,Ms Pee sudah banyak kerja,sbg receptionist you mesti tolong dia handle itu surat2,dia sudah banyak keje,kalau surat2 pun dia handle,tambah lg dia punya keje u mau kasi dia mati ka?? cilakak punya woman!!tak tau pape suke ati makpak ko je sound aku!

aku pun citer la pa jadi from A-Z....then aku sound Ms Khor tepek jer,aku cakap aku xda hal nak assist si Pee2 ataupun dia sebab keje aku bukan melambak pun,takat suruh wat menda2 kecik aku tak berkira punyer,aku bengang pasal cara mamat tu cakap ngan aku sangatlah biadap okay!!tak profesional langsung!Minah tu pun terus diam n perlahankan suara,terus dia tanya aku si mamat ni tak boleh kerja ke?Kalau aku ni jahat boleh jer aku jawab Aah Ms Khor.Tapi aku ni taklah sekejam tu,takkan aku nak tutup periuk nasi orang kan.tak tergamak aku nak buat cmtu walaupun hati aku sakit!Then minah tu cakap before this Ms Pee2 pun pernah mengadu yang mamat ni selalu membebel bila suruh hantar surat,tapi kalau bos surat obey jer setiap arahan.Hah!tahu pun ko!Penghujung cerita,dia kata dia akan slow talk dengan mamat tu,tapi kalau mamat tu tak berubah gak bagitahu dia...Harap2 ko berubah jadi lebih matang.................





p/s:clear water dont sangka no buaya

Thursday, April 15, 2010

Sampai Hati...........

Salam,aku baru lepas baca berita dari Harian Metro secara Online.Lagi2 budak mati didera,rasa nak menitik air mata aku ni.tak fahamlah manusia cam dorang ni hati binatang ke apa???Apa dosa budak tu sampai dipukul siang dan malam???

DIPETIK DARI HARIAN METRO ONLINE:SERDANG: Misteri jeritan sayu diselangi tangisan kanak-kanak pada lewat malam yang menghantui penduduk sebuah pangsapuri di sini sejak hampir sebulan lalu akhirnya terbongkar selepas seorang budak perempuan berusia tiga tahun ditemui mati didera, pagi semalam.

Penderitaan kanak-kanak malang itu, Lee Swee Hui, berakhir selepas mangsa yang dipercayai dipukul teruk, selain kepalanya dihentak pada dinding, mati di rumahnya di Pangsapuri Bayu, Taman Sri Serdang 8, di sini.

Lebih mengejutkan apabila mangsa dipercayai dipukul saban hari oleh bapa tiri dan ibu kandungnya tanpa mengira siang atau malam.


Selepas menyedari kematiannya, bapa tiri mangsa menghantar mayat kanak-kanak itu ke Klinik Komuniti Sri Kembangan di sini, dengan dakwaan kononnya anak tirinya itu ditemui tidak sedarkan diri dalam almari.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Ka Khaw Kok, berkata mangsa yang sudah tidak sedarkan diri itu dihantar bapa tirinya ke klinik berkenaan jam 7.45 pagi.


Menurutnya, doktor yang memeriksa mangsa bagaimanapun mengesahkan kanak-kanak malang itu sudah mati sejak dua jam lalu.
Siasatan lanjut menemui pelbagai kesan lebam dan kecederaan pada tubuh mangsa menyebabkan doktor bertugas mengesyaki kanak-kanak itu mati akibat didera.


“Susulan itu, satu laporan polis segera dibuat sebelum bapa tiri mangsa yang berusia 27 tahun diberkas untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan awal terdapat lebih 30 kesan lebam dan kecederaan serius pada tubuh dan muka mangsa.


“Malah, bahagian dahi mangsa turut bengkak dipercayai dihantuk ke dinding. Bagaimanapun, polis belum mengenal pasti punca kematian sehingga laporan bedah siasat diterima.


“Siasatan mendapati bapa tiri mangsa sebelum ini bekerja sebagai mekanik sebelum menganggur sejak beberapa bulan lalu,” katanya, Ka berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa didera bapa tiri dan ibu kandungnya sejak lebih seminggu lalu berdasarkan kesan cedera masih baru. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.


Ditanya kemungkinan mangsa turut didera secara seksual atau diseksa menggunakan puntung rokok, beliau menafikan andaian itu.


Sementara itu, polis menahan suri rumah yang juga ibu mangsa berusia 24 tahun, kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam.


Ka yang ditemani Ketua Polis Daerah Subang Jaya, turut meninjau rumah suspek di tingkat empat pangsapuri itu bagi mendapatkan gambaran jelas kes berkenaan. Difahamkan, polis berusaha mengesan objek yang digunakan suspek untuk memukul mangsa sehingga mati.


Sementara itu, seorang jiran mangsa, Shamsul Madi, 30, berkata sebelum ini dia berasa tidak sedap hati apabila sering terdengar jeritan dan tangisan kanak-kanak perempuan yang seolah-olah dipukul.


Menurutnya, jeritan terbabit kerap kedengaran terutama pada larut malam dan adakalanya berlanjutan hingga ke siang hari.


“Hati saya tak tenteram dan tertanya-tanya tangisan itu berpunca dari rumah siapa. Saya yakin bunyi itu bukan tangisan biasa, sebaliknya akibat dipukul berikutan ia diselangi jeritan,” katanya.


Difahamkan, mangsa sebelum ini dijaga pengasuh sebelum diserahkan kepada ibunya untuk dipelihara bersama adik tirinya berusia tiga bulan, sejak sebulan lalu.


Pada 25 Februari lalu, Syafia Humairah Sahari, juga tiga tahun, meninggal dunia selepas dipercayai didera di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali manakala seminggu selepas itu, K Haresvarren, 18 bulan, meninggal dunia akibat didera di Sungai Kayu Ara, Damansara.

Mudah-mudahan orang2 camni diberi petunjuk dan diberi hukuman setimpal dengan kesalahannya..

Monday, April 12, 2010

7.00am-10.00am

Morning!!wahh.....hari ni hatiku berbunga riang sebab apa?hari ni adalah hari ptama MR DD mula kerja di tempat baru,ingat nak bangun awal buatkan breakfast namun apa kan daya,mata aku terkatup rapat xlarat nak bangun.Apapun aku masih bangun awal hidangkan nasi goreng(Mama masak,nasib baik tggal ngan mentua he3!)Since papa nak pergi hospital(monthly c/up),makanya haruslah aku bersiap lebih awal dari biasa dan hasilnya aku sampai office pukul 8.10am!Lepas 50minit barulah dapat masuk office.Seperti biasa,masuk je office siapkan segala yang perlu pastu dapat call dari Ms Pipi(instead of Ms Pee,kurg asm kan aku ni?)aircond bocor tolong call Pai Seng and blah blah blah...K la,nak gi visit blog kawan2 lak,apa2 aku update lagi,
t.care!!! :)