Thursday, April 15, 2010

Sampai Hati...........

Salam,aku baru lepas baca berita dari Harian Metro secara Online.Lagi2 budak mati didera,rasa nak menitik air mata aku ni.tak fahamlah manusia cam dorang ni hati binatang ke apa???Apa dosa budak tu sampai dipukul siang dan malam???

DIPETIK DARI HARIAN METRO ONLINE:SERDANG: Misteri jeritan sayu diselangi tangisan kanak-kanak pada lewat malam yang menghantui penduduk sebuah pangsapuri di sini sejak hampir sebulan lalu akhirnya terbongkar selepas seorang budak perempuan berusia tiga tahun ditemui mati didera, pagi semalam.

Penderitaan kanak-kanak malang itu, Lee Swee Hui, berakhir selepas mangsa yang dipercayai dipukul teruk, selain kepalanya dihentak pada dinding, mati di rumahnya di Pangsapuri Bayu, Taman Sri Serdang 8, di sini.

Lebih mengejutkan apabila mangsa dipercayai dipukul saban hari oleh bapa tiri dan ibu kandungnya tanpa mengira siang atau malam.


Selepas menyedari kematiannya, bapa tiri mangsa menghantar mayat kanak-kanak itu ke Klinik Komuniti Sri Kembangan di sini, dengan dakwaan kononnya anak tirinya itu ditemui tidak sedarkan diri dalam almari.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Ka Khaw Kok, berkata mangsa yang sudah tidak sedarkan diri itu dihantar bapa tirinya ke klinik berkenaan jam 7.45 pagi.


Menurutnya, doktor yang memeriksa mangsa bagaimanapun mengesahkan kanak-kanak malang itu sudah mati sejak dua jam lalu.
Siasatan lanjut menemui pelbagai kesan lebam dan kecederaan pada tubuh mangsa menyebabkan doktor bertugas mengesyaki kanak-kanak itu mati akibat didera.


“Susulan itu, satu laporan polis segera dibuat sebelum bapa tiri mangsa yang berusia 27 tahun diberkas untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan awal terdapat lebih 30 kesan lebam dan kecederaan serius pada tubuh dan muka mangsa.


“Malah, bahagian dahi mangsa turut bengkak dipercayai dihantuk ke dinding. Bagaimanapun, polis belum mengenal pasti punca kematian sehingga laporan bedah siasat diterima.


“Siasatan mendapati bapa tiri mangsa sebelum ini bekerja sebagai mekanik sebelum menganggur sejak beberapa bulan lalu,” katanya, Ka berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa didera bapa tiri dan ibu kandungnya sejak lebih seminggu lalu berdasarkan kesan cedera masih baru. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.


Ditanya kemungkinan mangsa turut didera secara seksual atau diseksa menggunakan puntung rokok, beliau menafikan andaian itu.


Sementara itu, polis menahan suri rumah yang juga ibu mangsa berusia 24 tahun, kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam.


Ka yang ditemani Ketua Polis Daerah Subang Jaya, turut meninjau rumah suspek di tingkat empat pangsapuri itu bagi mendapatkan gambaran jelas kes berkenaan. Difahamkan, polis berusaha mengesan objek yang digunakan suspek untuk memukul mangsa sehingga mati.


Sementara itu, seorang jiran mangsa, Shamsul Madi, 30, berkata sebelum ini dia berasa tidak sedap hati apabila sering terdengar jeritan dan tangisan kanak-kanak perempuan yang seolah-olah dipukul.


Menurutnya, jeritan terbabit kerap kedengaran terutama pada larut malam dan adakalanya berlanjutan hingga ke siang hari.


“Hati saya tak tenteram dan tertanya-tanya tangisan itu berpunca dari rumah siapa. Saya yakin bunyi itu bukan tangisan biasa, sebaliknya akibat dipukul berikutan ia diselangi jeritan,” katanya.


Difahamkan, mangsa sebelum ini dijaga pengasuh sebelum diserahkan kepada ibunya untuk dipelihara bersama adik tirinya berusia tiga bulan, sejak sebulan lalu.


Pada 25 Februari lalu, Syafia Humairah Sahari, juga tiga tahun, meninggal dunia selepas dipercayai didera di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali manakala seminggu selepas itu, K Haresvarren, 18 bulan, meninggal dunia akibat didera di Sungai Kayu Ara, Damansara.

Mudah-mudahan orang2 camni diberi petunjuk dan diberi hukuman setimpal dengan kesalahannya..

No comments: