Friday, June 10, 2011

Untitled


Apabila kita dilanda badai,barulah ingatan kembali padaNya.
Lumrah manusia,bila dah terhantuk baru nak terngadah.
Terhegeh-hegeh buka almari cari telekung dan sejadah yang berkurun tersimpan
sampai berdebu.
Mengapa begitu?

Aku adalah lemah
Aku tiada berdaya
Roh dan jasad bagaikan terpisah
Jiwa dan minda tidak lagi sehaluan
Namun aku tetap berdiri
Demi anakku yang tersayang
Renungan mata Qaiser yang sayu menyentuh naluriku
Mata itu terlalu sedih seolah-olah dapat merasakan
gelora di jiwa mamanya
Aku cekalkan hati ini demi insan-insan yang aku cintai
Aku mesti optimis
Aku harus berfikiran positif
ALLAH tidak akan sekali-kali menganiayai hambaNya
Aku percaya
Allah berikan hujan kerana mahu menghadiahkan pelangi.

Thursday, March 3, 2011

39 weeks...and Im still here...

Esok last day bekerja,sebab Isnin dah mula bercuti...

Baby sayang bila nak keluar ni....

Tok Papa pun dah tanya bila cucu sulung dia nak keluar ni..

Tapi tak apalah,Mama pun tak paksa..

Bila baby dah ready nak tengok dunia,Mama minta baby bagi Mama sign yang

betul-betul clear tau,

Mama selalu risau what if mama tak dapat detect sign tu semua...

Tapi ramai orang juga orang kata,percaya kata hati...

Anak kita,badan kita..kita lebih tahu kan...


Mudah-mudahan Allah swt permudahkan proses kelahiran baby ke dunia ini....

Amin...

Thursday, February 24, 2011

Anakku yang tersayang...

Baby sayang....

Bila nak keluar ni..

Mama dengan Papa dah tak sabar-sabar nak jumpa baby...

Mama teringin nak gigit kaki baby yang selalu tendang-tendang rusuk mama sampai mama
terjerit sorang-sorang..

Bila Mama adu dekat Papa mesti Papa ketawakan Mama..

Papa pula geram sangat bila punggung baby terbonjol tiba-tiba..

Selalunya mesti Papa tepuk-tepuk,gosok-gosok punggung baby sampai baby menyorok

balik..

Hai la anak...

tak sabar rasanya Mama dan Papa nak bertentang mata dengan buah hati yang satu ni..

Jadilah anak yang soleh dan taat pada perintah Allah..

Semoga anak kesayangan Mama dan Papa ni bakal menjadi orang yang berguna di dunia dan

akhirat serta baik budi pekerti..


Amin...

Monday, January 31, 2011

Tak ada mood

Badan lesu...

Perut asyik mengeras...

Sakit belakang...

Sakit pinggang...

Otak asyik terbayang Fatty Crab kat Taman Megah tu....

Orang nak balik la Dd...................


wuaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

Monday, January 24, 2011

6minggu lagi....

Ya Allah..cepatnya masa berlalu,sekarang kandunganku sudah berusia 34 minggu.terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran,contohnya : Bolehkah aku menjadi seorang ibu yang baik untuk anakku yang tersayang?bolehkah aku membentuk peribadi yang mulia dalam diri anakku nanti?Dapatkah aku menjadi contoh yang baik?Bagaimana caranya untuk mengelakkan diri dari menyebut 'NO'atau 'DONT'padanya nanti sebaliknya memberi penjelasan yang mudah difahami kerana menurut kajian kanak-kanak yang sentiasa dihalang dari melakukan sesuatu akan menyebabkan proses pembelajarannya terbantut serta menjadi pasif atau rendah diri.Betapa beratnya tanggungjawab yang bakal kugalas nanti,membentuk seorang insan untuk menjadi manusia yang berguna,berbudi perkerti,menjaga tingkah laku,menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup,tidak lupa tanggungjawabnya pada Allah swt dan menjadi hambaNya yang soleh serta taat pada kedua orang tuanya,menjaga kebajikannya,memberikan ilmu yang bermanfaat untuk di dunia dan akhirat.Semoga Allah swt memberikan aku kekuatan dan kejayaan untuk mendidik permata yang kukasihi...
Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku peluang menikmati tendangan,gerakan halus dan keindahan perasaan ini bermula dari awal kehamilan dan hingga ke saat melahirkannya nanti,malah aku bakal melihat tumbesarannya jika nyawa masih dikandung badan.Terlalu ramai wanita yang menadah tangan bermohon padaMu agar diberikan kesempatan untuk menikmati saat-saat seperti ini,dan aku adalah wanita yang Engkau pilih untuk melahirkan satu lagi umat Nabi Muhammad saw di akhir zaman.Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana diberikan kesempatan sedemikian.Tabahkanlah hati ini untuk mengharungi detik kelahirannya nanti Ya Allah.Berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi segala kesakitan dan permudahkanlah segalanya,aku merayu memohon belas ehsanMu Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Ya Allah,aku takut aku gagal mendidik anak ini nanti untuk menjadi hambaMu yang soleh.Egkau berikanlah aku kekuatan untuk membimbingnya nanti,kepadaMu aku bermohon dan meminta simpati...Sesungguhnya tiada Tuhan yang layak disembah melainkanMu Ya Allah,dan sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu adalah kekasihMu yang abadi dan Rasul junjungan kami Yang Mulia......Kabulkanlah doaku Ya Allah,Kabulkanlah permintaanku Ya Allah,Kabulkanlah permohonanku....Amin....

Tuesday, September 28, 2010

Sekian Lama Menyepi....

Salam....lama betul tak jenguk blog ni,bukan takat berhabuk..dah berkulat pun ye juga,:P.Sekarang ni aku memang busy,sibuk duk membungkus barang untuk dibawa ke rumah baru,barang-barang yang nak dibawa tak banyak mana pun sebenarnya tapi memandangkan kondisi aku yang tak berapa mengizinkan untuk terlalu aktif menybabkan aku menagambil masa yang agak lama juga untuk siapkan semuanya.Oh,disini ingin aku kongsikan berita gembira yang dah lama aku nantikan selama ini,dan kau rasa korang semua pun dah boleh agak kan..:)Ye,Syukur ke Hadrat Illahi atas limpahan rahmat yang dikurniakan,aku kini berbadan dua dan kandunganku sudah hampir mencecah 18minggu.Pada awal kehamilan aku mengalami 'morning sickness'hampir setiap hari,dengan muntah kuningnya,pening bagai nak pitam,alahan bau dapur seperti menumis dan bau ikan,hilang selera makan hinggakan aku kehilangan berat badan sebanyak 2kg,ditambah lagi dengan emosi yang tak menentu membuatkan aku hanya mampu terbaring selepas balik dari bekerja.Namun segala dugaan yang aku alami mula berkurangan bila kandungan mencecah 4bulan.Satu lagi,hingga ke hari ini aku tak suka bau Dd selepas pulang dari bekerja dan juga bau kereta.Kesian Dd susah payah melayan kerenah aku,membasuh baju,kemas katil,etc..Keadaan dan kesukaran yang aku lalui membuatkan aku lebih menghargai Mama dari sebelumnya.Kehadiran anak ini di dalam diriku membuatkan aku menjadi lebih tabah dalam meniti hari dan sesungguhnya anak ini telah menambahkan kebahgiaan dan keceriaan dalam rumah tangga kami, aku bersyukur padaMu Ya Allah,atas kurniaanMu hambaMu yang hina ini,
Kau telah mengkabulkan doa dan impianku..Terima Kasih Ya Allah atas segala nikmat kebahagiaan dan kemurahan rezeki yang Kau berikan...
Ya Allah Ya Tuhanku,lindungilah rumah tanggaku dari segala onak dan duri,
jauhkanlah kami dari segala perkara yang bisa membinasakan kami,
Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,kurniakanlah kami kebahgiaan di dunia dan di akhirat..selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...Permudahkanlah usaha kami dalam mencari rezeki dan murahkanlah ia..
Ya Allah Ya Tuhanku,kurniakanlah anak-anak yang soleh dan soleha kepada kami,jadikanlah anak-anak kami hamba yang beriman kepadaMu Ya Allah,dan selamatkanlah mereka di dunia dan di akhirat, kurniakanlah anak-anak kami kesempurnaan akal dan fizikal,terangkan hati
dan mindanya untuk menerima ilmu yang bermanfaat,dan jadikanlah mereka
hambaMu yang berbudi pekerti dan berkeperibadian mulia,
Ya Allah,Engkaulah Tuhan yang Satu,sesungguhnya tiada Tuhan yang layak disembah
melainkan Mu Ya Allah,Engkaulah yang berkuasa ke atas segalanya dan tiada satu pun
dapat menghalang kemahuanMu,aku merayu padaMu Ya Allah,kabulkanlah doaku,permohonanku,permintaanku,sesungguhnya tiada satupun yang mustahil buatMu Ya Allah...Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...AMIN.....

Thursday, June 24, 2010

Side Mirror dan driver sengal!!

Semalam lepas habis kerja Dd ambil terus pergi melawat Desa Idaman....Syukur semuanya ok,dan tak sabar juga nak pindah.Tapi serius,management sini memang strict sangat.Nanti aku cerita k.So on the way balik aku pun happy2 la kan makan goreng pisang,keropok lekor..Kata lapar,haruslah makan tak sedar diri huhu...Nak jadikan cerita,berhentilah kat satu jalan.Ye la,lampu merah kan?takkan nak sondol lak montot kereta depan,naya jer..Sebelah kiri jalan pula macam jalan liku kecil la(ntah betul tidak ayat aku ni!),sangatlah kecil ok,minimum gila space dia..adalah bas mini gila yang selamba je lalu jalan tu laju2 dan sikit lagi montot dia nak langgar pintu kereta depan aku!bedebar shayer tau!Siap cakap lagi bas ni gila,tak fikir nyawa orang lain...etc...Aku ni kan jenis cakap lepas,dengan selambanya aku cakap kat DD,"Yang,sempit gila kan jalan ni,ntah2 jab gi side mirror kita pun kene sondol,"3 saat selepas aku selesaikan ayat tu....tiba2 datang lori bawa gas tu dengan semangatnya jalan laju2 langgar side mirror kereta aku dan berlalu pergi!Fine!Cermin aku terlipat rapat ke dinding kereta,cat lori tu siap melekat2 + calar2 lagi!weyh.....aku pakai kereta ni tak sampai 2 bulan ok!!!!Aku punya menjerit sampai pakcik bawa motor lalu sebelah pun boleh berhenti tau!Apa lagi,Dd pun start lah hon bagai nak gila siap potong lane bagai kejar lori gila tu la..kejar punya kejar ditambah dengan hon bagai semua lori tu pun berhenti...Driver tu pun turun dan...

Driver:Sorry abang,kakak...saya tadak perasan sudah langgar u punya side mirror...
Dd:U bawak lori macam mana...tengok apa sudah jadi sama ini mirror...
Driver:Mintak maaf abang,tapi nasib baik tadak kena u punya pintu ka,lain tempat ka....

Kalau korang kat tempat aku tak ke rasa cam nak cepuk je muka driver ni???????dah la kau langgar aku,siap boleh cakap camtu lagi????????
pastu dd pun check la cermin tu semua,lap2 sikit lepas tu dia bagi nasihat jadi pemandu berhemah then suruh driver tu pergi..Serius hati aku terbakar.....Korang tahu tak...aku dengan DD punyalah ikat perut semata2 nak bayar down payment kereta tu...rasa macam nak nangis bila jadi camtu...moody jugak lah malam tadi sebab asyik teringat side mirror..

so kawan2...pengajaran dari cerita di atas ialah..jangan cakap sembarangan nanti menyesal tak sudah macam aku!

p/s:

Cian side mirror shayer....... :(